11 October 2017

MANFAAT DAN KELEBIHAN VITAMIN C FOREVER ABSORBENT-C


Vitamin C adalah sejenis antioksidan yang berupaya meningkatkan daya ketahanan dalam badan anda serta mempercepatkan proses penyembuhan. Ia juga berperanan meremajakan kulit, mencegah penuaan dan menjadikan kulit lebih sihat, cantik, bersih dan berseri.

Anda perlu mengambil vitamin C kerana badan manusia tidak boleh menghasilkan vitamin C dengan sendiri. Anda boleh memperolehi vitamin C dengan cara meminum atau makan makanan yang kaya dengan vitamin C.


"Antara makanan tinggi vitamin C ialah lada benggala, sayur-sayuran hijau, buah kiwi, brokoli, buah beri, buah-buahan citrus (oren, limau, lemon, pomelo, grapefruit), tomato, kacang peas dan buah betik."

Tetapi agak sukar untuk anda memakan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari secara berterusan kerana kesibukan harian.

"Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air yang bermaksud ianya mudah diserap oleh badan dan akan segera dikumuhkan dari badan anda jika berlebihan. Anda perlu sentiasa makan buah dan sayur setiap hari untuk dapatkan bekalan Vitamin C!"

* Sanggupkah anda membawa beberapa biji oren bersama anda – ke mana saja anda pergi- sepanjang hari untuk memastikan anda mendapat vitamin C yang secukupnya?
* Pastikah anda akan mendapat vitamin C yang secukupnya daripada buah oren yang bergantung kepada kesegaran buah tersebut?
* Sanggupkah anda makan buah oren hari-hari? Sedangkan anda tahu kandungan vitamin C itu akan cepat hilang dari badan anda?


Tahukah anda? Vitamin C dalam makanan mudah musnah akibat haba semasa memasak, sinaran ultra unggu, perisa tambahan, bahan kimia pertanian dan mudah dioksida jika terdedah pada udara.

Jangan risau. Anda boleh memakan vitamin C tambahan untuk memenuhi sebarang ketidak cukupan vitamin C daripada makanan yang anda ambil. Satu atau dua tablet vitamin C setiap hari adalah mencukupi untuk keperluan harian badan anda.

Tahukah anda? Perokok tegar mengalami masalah kekurangan vitamin C yang kronik kerana 1 batang rokok sahaja mampu melupuskan 50-100 mg vitamin C!

Forever Absorbent-C


Forever Absorbent-C adalah satu formulasi yang menggabungkan vitamin C, bioflavonoid citrus dan betik, yang terikat matrik dengan bran oat. Ini memaksimumkan keberkesanan Vitamin C serta penyerapan dan penggunaannya oleh badan kita.

"Forever Absorbent-C = Vitamin C + Bioflavanoid Citrus & Betik + Bran Oat = Penyerapan Vitamin C Maksima!"


Satu tablet Forever Absorbent-C membekalkan 60mg vitamin C, yang bersamaan dengan elaun saranan pengambilan harian bagi orang dewasa.

1 tablet Forever Absorbent-C = 60mg vitamin C sahaja?  Kenapa sedikit sangat kandungan vitamin C dalam Forever Absorbent-C?

# Keperluan minima yang digariskan oleh USRDA (United Stated Recommended Daily Allowance) ialah 60mg sahaja sehari.
# Vitamin C adalah larut air dan akan dikumuhkan daripada badan (3-4 jam) jika berlebihan.
# Dos yang kecil beberapa kali sehari adalah lebih baik daripada mengambil dos yang tinggi sekaligus.

Bahaya Pengambilan Vitamin C Dos Tinggi


* Memberi lebih beban kepada buah pinggang
* Masalah buah pinggang yang disebabkan pengumpulan renal oxalate di ginjal (batu karang)
* Menyebabkan sakit perut dan cirit birit jika dos melebihi 3gm sehari
* Penyerapan zat besi berlebihan yang merbahaya kepada pesakit Thalassemia & Hemochromatosis
* Anemia kepada pesakit kekurangan enzim G6PD
* Katarak mata bagi wanita berumur
* Membawa maut jika dos melebihi 833gm bagi dewasa dengan berat bawah 70kg



Berikut ialah garis panduan pengambilan vitamin C minima harian menurut U.S. Food and Nutrition Board of the Institute of Medicine:

* Lelaki >18 tahun =   90mg vitamin C setiap hari
* Wanita >18 tahun = 75mg vitamin C setiap hari
* Wanita hamil = 85mg vitamin C setiap hari
* Wanita menyusu badan = 120mg vitamin C setiap hari
* Perokok = 125mg vitamin C setiap hari

Manfaat Vitamin C Dalam Forever Absorbent-C


Forever Absorbent-C dihasilkan dengan mengikat vitamin C kepada serat oat (oat bran).  Teknik ini menghasilkan kesan serapan seperti span yang mencegah vitamin C daripada dikumuhkan terlalu cepat oleh badan.

"Vitamin C  akan tinggal dalam sistem penghadaman untuk tempoh yang lebih lama dan membolehkan badan menyerap kesemua 100% vitamin C secara berterusan."

Teknologi penghasilan Forever Absorbent-C adalah berpaten milik Forever Living Products sahaja dan tidak boleh ditiru oleh mana-mana pengeluar lain.



Anda disaran amalkan mengambil Forever Absorbent-C setiap hari jika anda mahu:

* Mencegah penyakit skurvi (gusi bengkak dan berdarah, pendarahan bawah kulit)
* Membantu menyembuhkan luka akibat terbakar dan terpotong.
* Meningkatkan pembentukan kolagen pada kulit.
* Mempercepatkan penyembuhan selepas pembedahan.
* Meningkatkan sistem pertahanan badan
* Mengurangkan reaksi alahan dari makanan dan persekitaran
* Meningkatkan penyerapan zat besi daripada makanan
* Mencegah masalah anemia.
* Mencegah kerosakan radikal bebas (anti penuaan)
* Mengurangkan kedut pada kulit
* Membaiki parut pada kulit
* Mengekal payudara dan punggung yang pejal
* Menjadikan kulit lebih cerah
* Menghilangkan jerawat dan pigmentasi.
* Menjaga kesihatan otot, mencantikkan dan menghaluskan kulit.
* Membantu penghasilan kolagen bagi meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit.
* Melambatkan proses penuaan dan menghaluskan pori-pori pada kulit.

Manfaat Forever Absorbent-C


Manfaat vitamin C dalam Forever Absorbent-C dapat menyokong sistem imun tubuh badan anda serta MEMBANTU:

* memberi kesan alkali dalam badan sama seperti buah lemon
* meningkatkan daya tahan badan dalam melawan jangkitan
* membantu membakar tisu lemak untuk orang yang sedang mengamalkan diet
* membantu meningkatkan tenaga dalam badan
* menjaga kesihatan tulang dan sendi untuk orang yang aktif bergerak
* mengekalkan kandungan vitamin C dalam badan
* mencantik dan mencerahkan kulit secara keseluruhan – muka dan badan!



Kelebihan Forever Absorbent-C


* Pensijilan Halal IFANCA diiktiraf JAKIM — boleh amalkan tanpa was-was
* Pensijilan Kosher — operasi kilang, formula bahan, proses penghasilan dan kandungan bahan berkualiti tertinggi
* Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) — selamat dan bebas dari bahan terlarang
* Forever Living menggunakan teknologi berpaten membolehkan badan kita menyerap 100% vitamin C secara berterusan.
* Kandungan vitamin C yang optimun 60mg untuk diserap oleh badan — lebih nilai untuk kesihatan anda
* Mengandungi oat bran yang membantu penyerapan vitamin C secara lebih berkesan tanpa pembaziran
* Vitamin C dalam Aborbent-C diperolehi daripada buah oren, betik dan buahan sitrus lain yang masak sendiri di bawah sinaran matahari dan bukannya diperam dalam gudang.
* Forever Absorbent -C kaya dengan bioflavonoid, tinggi kadungan vitamin C dan mampu memenuhi keperluan harian anda.
* Rasanya yang enak menyebabkan ia juga digemari oleh kanak-kanak.
* Harga lebih jimat dengan menjadi ahli — diskaun 15% – 48%!

Kandungan Bahan Forever Absorbent-C (100 tablets – 60mg)


Oat bran, Sorbitol, Madu, Ascorbic Acid (vitamin C), Stearic Acid, natural orange flavour, citrus bioflavonoids, papaya fruit

Siapa Yang Sesuai Makan Forever Absorbent-C?


Dari kanak-kanak 1 tahun ke atas sehinggalah ke warga emas, untuk membantu menguatkan sistem imun semasa proses penyembuhan.

Sukatan / Dos/ Cara Mengambil Forever Absorbent-C


Dewasa – 1 biji kunyah 3x sehari
Kanak-kanak (12 tahun ke bawah) – 1 biji kunyah 1x sehari

Nak cuba try test? tak susah pun whatsapp je terus ke saya di talian 0136283485 atau 0132947452 www.wasap.my/60136283485 @ www.wasap.my/60132947452 saya akan konsultan tuan puan dari A hingga Z demi meningkatkan kesejahteraan kesihatan tuan puan insha Allah

Nota: Forever Absorbent-C adalah supplemen kesihatan BUKAN UBAT jadi kesannya berbeza ikut tahap kesihatan individu. Krisis pemulihan @ healing crisis mungkin berlaku selama 2 minggu hingga beberapa bulan. Diharap anda bersabar jika mengalami krisis penyembuhan kerana penyakit yang bersarang dalam badan mengambil masa yang lama untuk muncul.

Maka untuk menyembuhkannya juga memerlukan masa untuk badan membuang toksin yang terkumpul sekian lama, menguatkan sistem imum, membaiki sel-sel rosak, menghasilkan sel-sel baru dan melawan penyakit dalam badan anda. KESABARAN & ISTIQAMAH adalah kunci kepada penyembuhan. Mencegah sebelum parah lebih baik dari mengubati ketika kronik.


Reactions:
Powered by Blogger.

Popular Posts