16 October 2017

Apa Itu Penyakit Gout


Penyakit Gout adalah sejenis penyakit disebabkan asid urik yang berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal daripada sejenis protein yang dipanggil purin.Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing.




Bagi penghidap penyakit gout, asid urik yang berlebihan yang tidak dibuang dan berkumpul akan menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi. Pengambilan diet yang tinggi kandungan purin seperti daging merah dan makanan laut juga merupakan salah satu sebab peningkatan asid urik di dalam darah.

TANDA-TANDA PENYAKIT GOUT


✴ Sakit sendi yang datang secara tiba-tiba terutamanya pada bahagian ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.

✴ Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan sangat sakit.

✴ Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.

✴ Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.

✴ Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.

✴ Benjolan akan timbul dekat sendi serta cuping telinga.

✴ Serangan tiba-tiba menjadi lebih ketara bila tengah malam iaitu pesakit merasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat sakit dan ini akan menyebabkan mereka mengigil dan demam.




FAKTOR PENYAKIT GOUT


1. Jantina

✳ Secara umumnya, 90% lelaki lebih berisiko mendapat penyakit gout.

2. Gaya hidup

✳ Individu yang banyak minum minuman keras lebih berisiko mendapat penyakit gout.

3. Obesiti

✳ Penyakit gout lebih mudah menyerang individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan.

4. Menghidap Penyakit Lain

✳ Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia iaitu paras lemak dan kolesterol yang tinggi dan arteriosclerosis(penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan individu terkena penyakit gout.

5. Genetik

✳ Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang mempunyai sejarah penyakit gout.

LANGKAH PENCEGAHAN PENYAKIT GOUT


✅ Menjaga berat badan kerana kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan.

✅ Elakkan mengambil minuman keras.

✅ Elakkan mengambil makanan yang mengandungi purin yang tinggi seperti makanan laut,kekacang dan daging.

✅ Ubah gaya hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal.

✅ Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubung kait dengan gout.

✅ Jangan mengubah atau menghentikan dos allopurinol semasa serangan gout.

✅ Minum banyak air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

✅ Kerapkan melakukan senaman.



Makanan Yang Perlu Dielakkan Bagi Penghidap Penyakit Gout


Sekiranya anda menghidapi gout, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin. Saranan bagi pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin adalah di antara 100-150 mg/ hari. Anda juga perlu mengelakkan makan makanan seperti :

⚠ Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak.
⚠ Ikan bilis, kembung, sardin.
⚠ Daging cincang.
⚠ Ekstrak daging, ragi dan kiub rebusan daging.
⚠ Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang.

Anda juga harus mengurangkan makan makanan seperti:


⚠ Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam.
⚠ Roti jagung dan bijirin.


Bagi yang masih mencari solusi untuk masalah gout, jom cuba berikhtiar dengan produk forever living.

PRODUK TERBAIK UNTUK MENCEGAH GOUT


Aloe berry nectar

> Mengandungi ekstrak kranberi yang membantu untuk menggalakkan aliran air kencing yang lancar, sekaligus membantu mempercepatkan perkumuhan asid urik.

Forever Artic sea

> Kaya dengan omega 3 (minyak ikan) dan omega 9 (minya zaiton) yang mempunyai anti keradangan, bermanfaat untuk mengurangkan kesakitan.

Forever Royal Jelly

> Kaya dengan vitamin B kompleks yang boleh membantu mengurangkan pengumpulan asid urik pada sendi.


Nak cuba try test? tak susah pun whatsapp je terus ke saya di talian 0136283485 atau 0132947452 www.wasap.my/60136283485 @ www.wasap.my/60132947452 saya akan konsultan tuan puan dari A hingga Z demi meningkatkan kesejahteraan kesihatan tuan puan insha Allah

NotaSET MENCEGAH GOUT adalah supplemen @ minuman dan makanan kesihatan BUKAN UBAT jadi kesannya berbeza ikut tahap kesihatan individu. Ia tidak bertujuan untuk menggantikan ubat yang disyorkan oleh doktor. Krisis pemulihan @ healing crisis mungkin berlaku selama 2 minggu hingga beberapa bulan. Diharap anda bersabar jika mengalami krisis penyembuhan kerana penyakit yang bersarang dalam badan mengambil masa yang lama untuk muncul. Maka untuk melegakannya juga memerlukan masa untuk badan membuang toksin yang terkumpul sekian lama, menguatkan sistem imum, membaiki sel-sel rosak, menghasilkan sel-sel baru dan melawan penyakit dalam badan anda.KESABARAN & ISTIQAMAH adalah kunci kepada penyembuhan. Mencegah sebelum parah lebih baik dari mengubati ketika kronik.
Reactions:
Powered by Blogger.

Popular Posts