10 July 2016

Assalamu'alaikum semua... macam mana raya tahun ni seronok tak? Alhamdulillah tahun ni sangat seronok sebab dapat belajar benda baru, maklum la sebelum ni tak pernah-pernah pun nak belajar anyam ketupat ni tapi bila pikir-pikir kalau orang tua kita tak ada nanti siapa yang nak buat ketupat dan masak lauk-pauk raya nanti, so tahun ni aku kuatkan azam nak belajar anyam ketupat dan masak lauk-pauk yang biasa di masak bila tiba syawal....

Seronok sangat bila dapat belajar benda baru yang kadang-kadang orang perempuan pun tak mampu buat hehe.... yang paling best buat 3,4 kali dah berjaya walaupun tak perfect tapi usaha tu yang membuahkan hasil yang lumayan. Tapi sayang tak sempat snap gambar time tu sebab duk khusyuk dengar petua dan arahan dari mak mertua hihi....

Ok ni antara step-step yang perlu korang buat untuk hasilkan ketupat jantan.... ingat salah step boleh menhasilkan bentuk ketupat betina atau pun ketupat istimewa iaitu ketupat tak jadi hahahaha.....


step ni boleh dikatakan senang je... 
Gulungkan daun palas seperti kon aiskrim kemudian pegang dengan tangan kiri daun tu seperti gambar no 3, awal-awal ambil sikit je isi dekat bucu dia bagi bentuk tu terhasil lepas tu isi sikit demi sedikit pulut dengan tangan kanan sehingga limpah keluar dari kon tu dari suku daun, kemudian lipat seperti gambar no 4... ingat jangan terlalu tekan bagi mampat sebab nanti bila masak pulut tu dia makin kembang nanti pecah pulak hehehe.....

part ni ramai fail sebab cara lipat dia agak unik
Bila dah lipat tutup semua lubang tu korang boleh adjust pulut dekat dalam tu dengan picit dia bagi hasil bentuk tiga segi. Sebab tu aku cakap jangan isi pulut tu padat hehe....

cara ikat dengan gaya pro

Hahaha step ni ni pro je boleh buat, aku ikat dengan cara aku je tapi nanti ia akan jadi mcm ni gak cuma tak nampak macam pro la....

Simpul terakhir supaya ikatan tak tertanggal

Tada siap cara anyam ketupat dengan daun palas... tak susah kan hehe aku rasa mudah sangat cara anyam ketupat ni sebab buat 2,3 kali dah boleh buat dengan betul, Rasa tak puas pula anyam ketupat ni hehe rasa nak je buat lagi untuk makan sendiri... maklum la raya sebulan kena la standby ketupat banyak sikit nanti tetamu datang boleh jamu dengan ketupat je hehehe.... pape pun selamat mencuba ye....

selamat hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin.... :-)
Reactions:
Powered by Blogger.

Popular Posts