09 March 2016





Lemak , gula dan garam yang banyak menjadikan suatu makanan lebih lazat. Akan tetapi, ia juga meningkatkan risiko penyakit jantung. Memakan diet yang seimbang dan berkhasiat boleh membantu mengelakkan pembekuan arteri, satu risiko utama penyakit jantung. Strok dan penyakit jantung berkait rapat dengan pemakanan kita.


Makanan berlemak seperti kulit haiwan boleh menyebabkan tahap kolesterol tinggi manakala gula yang berlebihan meningkatkan risiko penyakit jantung. Satu kajian yang dilakukan oleh Jurnal Perubatan Amerika (American Journal of Medicine) mendapati bahawa memakan makanan yang bergula tinggi menyebabkan berat badan bertambah, satu faktor risiko penyakit jantung.
Diet tinggi garam juga dikaitkan dengan tahap tekanan darah tinggi.


Diet yang sihat kebanyakkannya terdiri dari bijirin penuh, pelbagai campuran buah-buahan dan sayur-sayuran dan daging merah yang kurang.Lebihkan minyak zaitun atau minyak yang kaya dengan lemak sihat, dan elakkan makanan diproses yang penuh dengan bahan kimia. Ia adalah penting untuk merangkumi makanan atau suplemen yang bermanfaat untuk kesihatan jantung dalam diet anda.


1 Asid Lemak Omega-3

Asid lemak Omega-3, didapati dalam minyak ikan, memberikan pengurangan yang ketara dalam tahap trigliserida dan peningkatan ketara dalam kolesterol baik HDL. Omega-3 adalah salah satu suplemen penting untuk jantung kerana ciri-ciri anti-keradangannya. Keradangan adalah penyebab untuk pelbagai penyakit, termasuklah penyakit jantung dan penyakit Alzheimer.


2 Minyak zaitun

Minyak zaitun adalah kaya dengan lemak sihat, khususnya lemak mono-tidak tepu, asid oleik. Dalam sesetengah kajian, minyak zaitun dikaitkan dengan penambahbaikan faktor risiko kardiovaskular, termasuklah penurunan tahap trigliserida, keradangan dan pembekuan darah.


3 Serat

Diet yang tinggi serat memberikan rasa kekenyangan yang lebih lama, memastikan sistem pencernaan kita sihat dan meningkatkan kesihatan jantung. Makanan yang kaya dengan serat mempunyai serat yang mengikat pada kolesterol, justeru mengurangkan tahap kolesterol dan risiko penyakit kardivaskular.


4 Vitamin B12 dan Asid Folik

Vitamin B-kompleks, termasuklah asid folik, membantu mengekalkan kesihatan sistem saraf dan sel darah merah. Vitamin B12 boleh mengurangkan tahap homosistin darah, yang dikaitkan dengan penyakit jantung, pembekuan darah, serangan jantung dan strok.


5 Ko-enzim Q10

Koenzim Q10 (CoQ10) dihasilkan oleh badan dan membantu menukarkan makanan kepada tenaga. CoQ10 didapati dalam hampir semua sel dalam badan dan terdapat dan tisu yang memerlukan tenaga yang banyak, seperti jantung, hati dan ginjal anda. Para penyelidik mempercayai bahawa CoQ10 boleh membantu masalah berkaitan dengan jantung.


6 Soya

Soya mengandungi flavonoid, termasuk isoflavonoid yang merupakan antioksidan dan boleh membantu mengurangkan tahap LDL dan jumlah kolesterol.


7 Buah Beri

Makanan yang tinggi antioksidan yang mempunyai ciri-ciri anti-keradangan dan mengurangkan kerosakan sel-sel, justeru mengurangkan kadar pengerasan saluran darah.


8 Bawang Putih

Bawang putih membantu mengurangkan tahap kolesterol. Bawang putih juga boleh membantu mengurangkan tekanan darah bagi mereka yang mempunyai kes ringan tekanan darah tinggi.


9 Vitamin C

Vitamin C diperlukan dalam sintesis kolagen yang menjadikan saluran darah lebih fleksibel. Vitamin C adalah vitamin antioksidan yang kuat, yang membantu mencegah kerosakan radikal bebas terhadap saluran darah.


10 L-Arginina

L-Arginina membantu saluran darah mengendur dan terbuka luas untuk peredaran yang lebih lancar. Ia juga bermanfaat dalam menyokong tekanan darah dan sistem kardiovaskular yang sihat.


Bertanya khabar kepada rakan-rakan baru anda yang terbaik:
Aloe Vera Gel - Kaya dengan nutrien, Aloe Vera Gel yang distabilkan 100%



Forever Arctic-Sea - Menggabungkan Omega-3 (minyak ikan laut dalaman) dan Omega-9 (minyak zaitun) untuk kesihatan jantung ATAU Forever Arctic-Sea* - Menggabungkan Omega-3 (minyak ikan laut dalaman) dan Omega-9 (minyak zaitun) ditambah dengan minyak kalamari, satu sumber mampan DHA.



Forever B12 Plus* - Menggabungkan vitamin B12 dengan Asid Folik untuk menggalakkan tahap homosistin yang sihat.



Forever CardioHealth with CoQ10* - Menggabungkan CoQ10 dengan antioksidan mineral dan vitamin (Magnesium, Kromium, Vitamin C, E, B6, B12 dan Asid Folik).



Forever Argi+* - Menggabungkan L-Arginina dan 6 vitamin dengan campuran proprietari buah-buahan termasuklah Buah Delima, Kulit Anggur, Beri dan Ekstrak Wain Merah.



Forever Absorbent-C - Suplemen Vitamin C, terikat matriks dengan bran oat untuk penyerapan maksimum.



Forever Pomesteen Power - Diperbuat dengan 7 jenis buah-buahan berantioksidan semulajadi: Buah Delima, Buah Manggis, Buah Pir, Beri Hitam, Beri Biru, Raspberi dan Ekstrak Biji Anggur.



Forever Garlic-Thyme - Menggabungan Minyak Bawang Putih dengan Thyme, membekalkan manfaat antioksidan yang berganda.



Forever Lite Ultra with Aminotein - Protein soya dengan Aminotein, satu campuran enzim untuk memecahkan protein untuk pencernaan dan penyerapan optimal asid amino.



*Hanya didapati di Singapura sahaja

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami ditalian seperti berikut:



Pengedar Forever Living Produk
whatsapp/message/call
0132947452 / 0146348164 Hamzah
0136283485 Farahana
Reactions:
Powered by Blogger.

Popular Posts