07 October 2015

Terdapat 250 jenis tumbuhan Aloe yang terdapat di serata dunia ini, antara salah satu nya ia dikenali sebagai Aloe Vera ( Lidah Buaya ). Aloe Vera seringkali di kait kan dengan cara perubatan tradisional pada masa dahulu, bagaimanapun kegunaan Aloe Vera dalam perubatan moden tidak kurang kehebatanya. Jika dahulu ia hanya di guna sebagai sapuan untuk melecur, ruam, gatal-gatal dan demam, tetapi sekaran ia sudah dijadikan sebagai produk kosmetik dan produk kesihatan, bagaimanapun Aloe Vera (Lidah Buaya) masih kurang popular sebagai tanaman komersial di negara kita Malaysia.




Aloe Vera (Lidah Buaya) sangat terkenal pada masa kini bukan kerana ia merupakan herba yang pernah di guna oleh datuk moyang kita, tetapi ia berkait rapat dengan kebaikan yang mampu beri kebaikan dari segi kesihatan dan kecantikan dan manfaat nya kepada kita semua, Aloe vera mempunyai 101 khasiat yang orang tidak tahu sebenarnya.




Sejarah perubatan


Batu bersurat Sumeria bertarikh 2200 SM, yang dijumpai di kota Nippur menunjukkan bahawa daun Aloe Vera (lidah buaya) telah digunakan sebagai julap. Pada 1550 SM, orang Mesir Ebers Papyrus menunjukkan bahawa daun lidah buaya dikisar, dicampur dengan komponen perubatan lain dan direbus, kemudian digunakan dalam 12 formula perubatan, untuk kegunaan dalaman dan luaran. Sekitar 400 SM, sap lidah buaya telah direbus untuk kegunaan domestik dan dieksport melalui pedagang Arab sepanjang barat Asia. Selaras itu, pokok ini telah dikenali sebagai 'penyembuh senyap' oleh pengadut agama Hindu dan 'ramuan harmonik' oleh pakar perubatan Cina kuno. Ia telah (dan masih) ditanam dan digunakan di India sebagai agen penyembuhan dalaman dan luaran.

Khasiatnya


Aloe Vera (Lidah Buaya) juga merupakan sejenis tumbuhan yang membebaskan oksigen dan menyerap karbon dioksida walaupun di dalam gelap, ia sangat sesuai di simpan dalam bilik tidur sebagai tanaman hiasan. Penyelidik-penyelidik di Universiti Miguel Hernandez di Alicante, Sepanyol, telah mengembangkan sejenis gel berasaskan Aloe vera yang memanjangkan pemuliharaan luaran buah segar, seperti buah-buahan dan kekacang segar. Gel ini hambar, tidak berwarna dan tidak berbau.
 
 
 
 
Produk semulajadi ini merupakan alternatif yang selamat dan tidak menjejaskan persekitaran, berbanding dengan bahan-bahan awet tiruan seperti sulfur dioksida. Kajian menunjukkan bahawa buah anggur pada 1 °C yang disapu dengan gel ini dapat dipeliharakan selama 35 hari, berbanding dengan hanya 7 hari untuk buah anggur yang tidak disapu. Menurut penyelidik-penyelidik itu, gel ini bertindak melalui satu gabungan mekanik (Serrano et al., 2006) dan membentuk satu lapisan pelindung terhadap oksigen dan kelembapan udara dan, melalui pelbagai-bagai sebatian antibiotik dan antikulat, menghalang tindakan mikroorganisma yang mengakibatkan penyakit-penyakit dari bawaan makanan.

Hebahan cerita tentang kebaikkan dan manfaat daripada penggunaan Aloe Vera semakin popular dan telah menjadikan para pengeluar makanan kesihatan tertarik untuk mengolahnya sebagai bahan makanan baharu.

Hal ini terbukti dengan pengeluaran produk makanan daripada ekstrak Aloe Vera yang dijual dalam pasaran. Ada antaranya yang dijual segar atau dibuat manisan, jus, serbuk sehinggalah ke gel aloe vera.




Selain itu sebagai bahan utama dalam kecantikan, Aloe Vera juga dikatakan bermanfaat untuk kesihatan seperti mampu melambatkan serangan virus HIV kepada sel sihat, memperbaiki sistem pencernaan, bersifat antiseptik dan antibiotik semulajadi.

Negara-negara Dunia Ketiga dilihat agak ketinggalan, berbanding negara-negara membangun di sekitar lautan Pasifik seperti Hongkong, Taiwan dan China, di mana mereka sentiasa menggunakan Aloe Vera sebagai suatu makanan budaya. Mereka menggunakannya dalam bentuk jus, manisan bahkan dicampur dengan teh.

Dalam bidang masakan, isi Aloe Vera sebenarnya amat lazat untuk diadukkan dalam beraneka masakan. Teksturnya yang kenyal dengan rasanya menyegarkan sangat sesuai untuk dicampur dengan salad, tumisan, jus mahupun manisan.

Bagi pengguna yang ingin mengolah Aloe Vera, berikut merupakan tips bagi mengurangkan bau langu, rasa pahit dan lendirnya:

1. Sentiasa memilih Aloe Vera berisi tebal. Kupas kulit sedikit tebal sehingga tersisa isi buah yang berwarna putih lutsinar. Potong menjadi bentuk yang lebih kecil. Rendam di dalam air matang yang telah ditambah dengan 0.025% garam dan 0.025% asam sitrat. Biarkan selama 2 jam, cuci bersih dan tiriskan.

2. Cara lain: Setelah dikupas, cuci dan ramas-ramas potongan isi Aloe Vera di dalam air garam. Setelah lendirnya hilang, rendam dalam air kapur sirih atau tawas agar untuk memperoleh tekstur gel yang lebih kukuh dan kenyal. Cuci bersih dan gel siap digunakan.




Tapi kalau korang malas nak rendam potong-potong ni boleh je try produk Aloe Vera gel keluaran Forever Living ni, ia telah di botolkan untuk memudahkan orang ramai yang nak menjaga kesihatan dan kecantikkan bukan luaran sahaja yang terjaga bahkan dalaman sehingga lah kedalam usus korang dapat manfaat dari Aloe Vera ni.

Nanti next entry lah saya cerita tentang kebaikan minuman Aloe Vera Gel keluaran Forever Living ni.... sebab terlalu banyak manfaat yang korang bolah dapatkan dari botol kuning ni bukan kesihatan dan kecantikkan aje bahkan poket pun boleh tebal silap hari bulan :-) .....

Macam biasa kalau nak try atau ada sebarang pertanyaan tentang produk Forever Living boleh hubungi saya di talian 0136283485 whatsapp/call/message/telegram

Reactions:
Powered by Blogger.

Popular Posts