25 August 2015

Salam semua warga blogger lama pula tak menghupdate blog nih dah bersawang rasa...... mana taknya asyik blur je bila duk depan laptop, tambah2 dengan rengekkan si Ameer Hakim nih memang buat mood tulis terus hilang.... Kali ni saya nak share resepi Roti Arab Gebu ala chef Ammar, memang sodap habis lah tambah2 si kak long anak saya memang 2,3 keping tu dia sorang je makan.....

Resepi ni saya amik dari chef Ammar dalam rancangan masak dari hati, masak with iman, sangat2 mudah dan cepat disediakan. Bagi mereka yang nak diet secara sihat boleh cuba buat roti arab ni, sebab tak susah pun, kebersihan di jamin tiptop yela kita yang buat mesti la puas hati ye tak hehe.....


Resepi doh Roti Arab

1. 500g tepung gandum

2. 80g butter

3. 1 1/2 sudu teh baking powder

4. 1/2 garam

5. Air suam secukupnya (dalam 1 1/2cawan)

6. Bijan putih dan hitam (optional)


Cara buat doh roti arab

1. Tepung gandum, baking powder dan butter di pukul bersama (guna mixer) sehingga sebati

2. Masukkan air suam yang di campur garam sikit demi sedikit supaya tak terlebih air (jika terlebih air tambah tepung)

3. Pukul sehingga doh tak melekit kalau penggang dan lembut bila tekan....

4. Simpan doh selama 1/2jam atau 1jam sebelum di bakar atau goreng dengan kuali non stick

5. Untuk bakar atau goreng roti arab ambil doh sebesar buah lemon kemudian uli dengan kayu sehingga leper sebesar saiz kuali non stick kemudian tabur bijan (optional) dan goreng sehingga masak sedia di hidang.

Senang kan memang superb habis hasilnya.... bak kata fendi dalam rancangan dapur bujang senang je orang bujang modal pun tak sampai rm10 kebersihan pun terjamin..... lagi satu roti yang dah di bakar tu boleh di simpan sehingga 3 bulan woo (dalam peti sejuk bahagian freezer)... kalau nak buat banyak2 just naik kan bahan untuk adunan je.

Pagi2 aambil 2,3 keping panaskan pahtu makan memang jimat masa untuk buat sarapan lagi pun kalau cicah dengan air pun sedap hehe.... anak2 saya suka makan dengan susu krimer memang berebut diorang, lagi pun tak la risau bila perut dah kenyang sebelum pergi sekolah..... kalau rajin buat kari ayam atau daging untuk cicah roti.... selamat mencuba....
Reactions:
Powered by Blogger.

Popular Posts