15 June 2015

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan meriah sekali, ucapan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur Denaihati Network dan pihak yang sudi menjadi penaja utama majlis SSB 2015 iaitu Yeo's, tak lupa juga kepada barisan penaja bersama iaitu eQurban, the Sumbs, kumpulan Karangkraf dan Denaihati Jam tawaf magnetik.


Syukur kehadirat Allah s.w.t kerana majlis SBB 2015 berjalan penuh kemeriahan dan keseronokkan yang membina semangat supaya kita tidak mudah putus asa dalam apa jua bidang kita ceburi. Dari awal acara lagi iaitu bermula dengan game treasure hunt kami semua di beri suntikan semangat supaya kerja sama dalam pasukan amat lah penting dalam menuju kejayaan..

Bukan setakat permainan semata-mata. kami team 5 juga berusaha dengan semangat sepasukan supaya kami semua berjaya mencapai kemenangan bersama-sama, dari taks yang pertama hingga taks ke-6 ahli kumpulan semua menunjukan semangat perjuangan bersama walaupun baru kenal antara satu sama lain tidak sampai beberapa jam yang lalu.

Taks ke-4 semua ahli kumpulan dapat jawap soalan dengan betul

Tetapi adat permainan ada yang menang dan ada yang kalah. walau pun tidak berjaya membawa pulang hadiah pertama, kami semua tetap ceria dan seronok dengan aktiviti yang diadakan.

Kemudian sesi perkongsian ilmu oleh tuan @aqifazizan, mbak @anazkia dan tuan @masrukhinmarzoki kerana sudi bekongsi ilmu dan pengalaman utk semua kekawan SBB 2015 semua ianya menjadi suntikan semangat yang baru dalam bidang dunia blogging.


Kemuncak Program SBB2015 ini di akhiri dengan cabutan bertuah yang mana hadiah-hadiahnya ialah, wang tunai RM100, produk jenama Tupperware, buku keluaran karangkraf, jam tawaf magnetik keluaran denaihati dan hadiah yang paling semua orang tunggu-tunggu ialah Samsung Note Edge dan Iphone6 64GB. sebenarnya tuan CEO denaihati janjikan iphone6 16GB je tapi masa pergi beli tu yang 16GB out of stock yang tinggal 64GB je, jadi beliau pun beli je yang ada... memang bertuah la siapa yang dapat tu hehehe....

Memang Puas hati pergi program SBB2015 ni bukan stakat dapat keseronokkan je bah kan dapat ilmu yang banyak tentang dunia blogger ni. Dengan blog boleh dapat macam-macam cuma pilihan kita je nak macam mana.

Seperti perkongsian tuan aqif azizan beliau menjual blog dengan harga yang beratus-ratus USD, dan perkongsian ibu anazkia yang asalnya seorang amah kemudian menukar professional nya kepada seorang blogger dan juga tuan Haji Masrukhin Marzoki CEO eQurban yang menggunakan blog sebagai platfom untuk beliau menyampaikan ilmu dan membantu masyrakat islam lain di luar negara...



Akhir kata jika ada lagi program Sepetang Bersama Blogger di tahun depan memang confirm kita orang join lagi sebab ia memang berbaloi dengan apa yang kita orang dapat walaupun agak penat panjat bukit hehe...
Reactions:
Powered by Blogger.

Popular Posts