03 March 2015

Panas terikan mentari dan bahang kepanasan pada waktu malam menandakan tanda-tanda kembalinya musim kemarau yang dulu kala hampir menyebabkan negeri selangor kekeringan, seperti yang kita tahu air memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita oleh itu pengambilan air amat lah penting untuk kekal kesegaran tubuh dan sekaligus boleh mengelakkan tubuh kita dari dehirdasi.

Ape itu Dehidrasi?


Dehidarsi adalah gejala kehilangan cairan dalam tubuh badan yang banyak, gejala dehidrasi boleh menyebabkan seseorang itu rasa letih, lemah dan kekeringan. Lebih teruk lagi ia juga boleh menyebabkan seseorang di serang Strok Haba (Pendarahan di otak = Intracranial Bleed) yang boleh bawa kepada kematian. 

Dehidrasi boleh menyerang sesiapa sahaja tidak mengira usia jika seseorang itu tidak ambil air secukupnya. Ramai juga yang tertanya-tanya definisi air secukupnya tu berapa banyak hehe di sini saya lampirkan sedikit maklumat mengenai pengambilan harian air mengikut berat badan seseorang....




Ada juga yang rasa wah banyak nya air yang perlu di minum, malas lah nanti kena selalu ke tandas.... sebenarnya maksud pembilan air ikut berat badan ni tidak semestinya kita togok terus berliter-liter tu hehe, minum ikut jadual jika boleh, atau pun bahagikan ikut jam atau masa yang sesuai... contoh jika berat badan dalam lingkungan 65kg air yang diperlukan 2.7liter bahagikan dgn 5kali atau pun beli satu botol yang isipadu 500ml dan minum ikut ukuran itu.

Sebenarnya minum air secukupnya banyak kebaikan dan khasiat nya terutama bagi mereka yang berat badan berlebihan, minum air kosong saja pun boleh buat anda dapat berat badan ideal, bahkan ia juga boleh mencegah tubuh badan kita dari terkena pelbagai penyakit.

Tambah Lemon Dalam Air Kosong


Air kosong juga boleh Jadi sedap jika ia di tambah sedikit dengan hirisan lemon supaya ia lebih enak dinikmati di hari yang panas membahang ni... sebagaimana kita tahu lemon berperisa masam manakala air kosong tawar bagaimana ia boleh jadi sedap?? air kosong campuran lemon dan madu juga di sarankan di ambil pada waktu pagi, kerana ia boleh membantu dalam membentuk nutrien dalam tubuh seperti vitamin serta mineral.

Kombinasi air dan lemon ini juga disifatkan sebagai penggalak tenaga semula jadi terbaik. Kala kita bangun pagi, tisu badan kita mengalami masalah dehidrasi dan memerlukan air untuk me­nyingkirkan toksin lalu meng­galakkan baik pulih pada sel.




Dalam erti kata lain, air lemonade buatan sendiri ini membantu menghapuskan toksin dalaman, mengawal selia buah pinggang dan fungsi saluran penghadaman dengan membuatkannya bekerja lebih lancar.

# Air dan lemon membekalkan elektrolit yang memberikan lembapan pada tubuh. Lemon mengandungi elektrolit seperti kalium, kalsium dan magnesium.

# Air dan lemon disifatkan baik untuk sendi kerana ia membantu mengurangkan kesakitan yang dialami di bahagian terbabit berikutan faktor usia serta perubahan gaya hidup.
# Air suam bersama lemon membantu proses penghadaman yang lebih baik kerana ia mengandungi asid sitrik. Ia berinteraksi dengan enzim lain yang mudah merangsang rembesan jus gastrik dan sistem penghadaman.

# Hati mengeluarkan lebih banyak enzim daripada air campuran lemon berbanding makanan dan minuman lain.

# Air dan lemon membantu membersihkan hati. Jus lemon merangsang sistem dalaman hati untuk membebaskan toksin.

# Air dan lemon membantu menentang jangkitan pada pernafasan, sakit tekak dan kerengsaan di tonsil. Ia disebabkan oleh faktor antikerangsaan yang tinggi dalam buah lemon.

# Air suam yang dicampur dengan lemon membantu mengawal pergerakan usus.

# Air dengan lemon sangat diperlukan untuk membantu sistem metabolisme normal. Disebabkan lemon bertindak sebagai antioksidan yang kuat, ia melindungi tubuh daripada radikal bebas lalu menguatkan sistem imun.

# Air campuran lemon membantu sistem saraf berfungsi dengan baik kerana lemon mempunyai kandungan kalium yang tinggi. Kemurungan dan keresahan sering berlaku apabila sese­orang itu mengalami tahap kalium yang rendah dalam darahnya. Sistem saraf memerlukan jumlah kalium mencukupi untuk memastikan isyarat mampan ke jantung.

# Air dan lemon membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Pengambilan harian boleh mengurangkan tekanan darah tinggi sebanyak 10 peratus.
sumber harian metro

Kurangkan Tekanan Darah Tinggi


Jus lemon bukan sahaja menjadi minuman di hari yang panas terik bahkan ia juga boleh menjadi minuman kesihatan kepada pengamalnya... Ia juga di katakan boleh mengurangkan tekanan darah tinggi sehingga 10 peratus, tetapi berapa lama perlu di ambil untuk nampak kesan nya?? jom kita tonton video ni bagaimana keberkesanan abang ni dalam usahanya menurunkan paras tekanan darah tingginya....


Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.


Hubungi ana di talian 0136283485 untuk sebarang pertanya, jangan takut untuk bertanya kerana jika tidak bertanya boleh menyebabkan masalah anda semakin kritikal.....
Reactions:
Powered by Blogger.

Popular Posts