05 March 2015

Minggu lepas kawan lama ada cerita yang ayah dia kena buat pembedahan buang katarak di mata, katanya penglihatan ayah dia dah mcm orang buta dah sebab kabur je. Sempat juga tanya dia berapa kos pembedahan dan bagaimana penglihatan ayahnya selepas buat pembedahan tersebut.

Kos pembedahan dalam RM 3k ++ dan ambil masa yang agak lama untuk pulih sepenuhnya, bagaimana pun ia dapat melihat kembali. Katarak ni sebenarnya boleh di cegah dari berlaku, tapi disebabkan sikap kita yang sambil lewa tentang kesihatan mata tidak mustahil ia datang kepada kita....

Mata memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita dengan mata lah kita dapat pergi mencari rezeki dan melihat orang-orang yang kita sayangi, bayangan tanpa mata apa akan anda dapat lakukan, oleh itu jaga lah mata dan perlihara lah ia dengan sebaik mungkin supaya ia tidak pergi meninggalkan anda.

Apa itu Katarak?


Katarak adalah keadaan dimana kanta mata bertukar daripada jernih kepada kabur. Penglihatan anda menjadi kabur disebabkan oleh cahaya tidak dapat melalui kanta yang telah legap untuk kebahagian belakang mata (retina).



Punca-punca katarak:


  • Peningkatan usia 
  • Kecederaan mata 
  • Dadah (steroid) 
  • Terdedah kepada radang mata berpanjangan 
  • Penyakit keturunan (kelahiran tidak cukup bulan) 
  • Kecacatan sewaktu dilahirkan 

Tanda-tanda dan simptom


  • Penglihatan yang kurang jelas dan kabur 
  • Melihat imej berganda 
  • kesukaran membaca perkataan yang kecil 
  • Sensitif kepada cahaya yang terang atau berkilau 
  • Penglihatan malam yang tidak baik 
  • Warna kelihatan tidak terang (tidak seterang seperti sebelum ini dan kelihatan lebih kekuningan) 
  • Kesukaran untuk melakukan tugas-tugas yang biasa dilakukan 
  • Kerap menukar cermin mata atau kanta lekap 

Bagaimana mengesan katarak


  • Ujian ketepatan penglihatan 
  • Ujian pengembangan anak mata 
  • Tonometri 

Cara rawatan


  • Menggunakan cermin mata, kanta pembesar atau menggunakan cahaya yang terang 
  • Pembedahan 

Adakah pembedahan katarak berkesan?


Ia merupakan satu cara pembedahan yang paling selamat dan efektif. Didalam 90% kes yang telah dilaksanakan, penghidap katarak yang telah melalui pembedahan memperolehi penglihatan yang lebih baik.


Pembedahan buang katarak

Apabila katarak (iaitu kanta asal, telah dikeluarkan, satu implan atau kanta tiruan dimasukkan. Didalam kebanyakkan pembedahan, kanta intraokular (IOL). Ia merupakan kanta tiruan yang tidak memerlukan penjagaan khusus dan kanta ini akan menjadi kanta kekal bagi mata anda. 

Bagaimana katarak dikeluarkan?


Ada 2 cara utama untuk mengeluarkan katarak.

  1. Phamacoemulsification atau Phaco - Satu bukaan kecil dibuat disisi kornea. Doktor kemudiannya akan memasukkan satu alat ke dalam mata. Alat ini berfungsi menghasilkan gelombang ultra sound. Gelombang ini akan melembut dan seterusnya memecahkan katarak yang terdapat pada kanta. Selepas itu aia akan disedut keluar untuk proses pembersihan. Kanta tiruan akan dimasukkan bagi menggantikan kanta yang telah diselaputi katarak itu. 
  2. Ekstraksi katarak (ECCE) - Satu bukaan yang lebih besar dihasilkan di sisi kornea. Bahagian tengah kanta yang keras dikeluarkan. Lebihan kanta akan disedut keluar. Selepas itu kanta tiruan (IOL) dimasukkan. Bukaan disisi kornea ditutup dengan jahitan mikroskopik. 

Peringatan:


  • Elakkan daripada menggosok, memicit atau menekan mata anda. Sentiasa memakai pelidung mata apabila tidur. 
  • Elakkan dari melakukan aktiviti besar seperti mengangkat benda-benda berat dan dan membongkokkan badan. 
  • Jika terdapat banyak lelehan yang keluar dari mata, bersihkannya dengan menggunakan kapas, elakkannya daripada sebarang tekanan terhadap mata. 
  • Ubat mata yang diberikan untuk mata anda, ikut arahan dan dapatkan bekalan ubat baru jika kehabisan. 
  • Anda boleh menonton televisyen dan membaca. 
  • Anda boleh melakukan aktiviti luar seperti berjalan dan memandu. 
  • Lindungi mata anda daripada cahaya yang terang dengan kaca mata hitam. 
  • Basuh rambut anda secara kebelakang selama 2 minggu selepas pembedahan. 
  • Jika terasa sakit, anda perlu menghubungi doktor. 
  • Cermin mata baru akan diberikan selepas empat atau lapan minggu pembedahan. 
  • Anda boleh melaksanakan kerja rumah yanga ringan seperti memasak. 
  • Berapa lama anda tidak bekerja bergantung kepada jenis pekerjaan yang anda lakukan. 
  • jika anda berumur 60 tahun keatas, anda seharausnya melakukan pemeriksaan mataa dengan anak mata dikembangkan setiap 2 tahun sekali. 

Sumber : Buku Informasi Mata, Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn/Harian Metro

Pencegahan dan Penjagaan Mata

Zaman moden sekarang ni, banyak teknologi yang mengeluarkan cahaya seperti telefon bimbittablet, televisyen, komputer/laptop, dan macam-macam lagi menjadi tatapan harian mata kita.  Tanpa kita sedari, perkara-perkara itu sebenarnya membawa bayaha, letih dan mengakibatkan masalah kepada mata dan penglihatan kita.

Makanan Untuk Mata

Sebut tentang makanan mata ini, kita kerap sangat dengar tentang vitamin A,C,E yang baik untuk mata bukan ? Tapi makanan apa yang mengandungi vitamin A,C,E ni ?  Mari kita lihat contoh-contoh makanan-makanan itu di bawah.
Vitamin A
  • Liver
  • Sweet Potato
  • Carrot
  • Peach @ Pic 
  • Sayur hijab berdaun seperti bayam, sawi dsb. 
Vitamin C
  • Bagi peminat cili-cili ni, ada sedikit berita baik. Cili-cili besar hijau dan merah (atau nama lainnya ” Hot Chilli Peppers) dalamnya banyak mengandungi vitamin C. Boleh lah jamu cili-cili di samping jaga mata kan.
  • Guava
  • Sayuran hijau
  • Buah kiwi
  • Buah betik
  • Oren
  • Strawberi
Vitamin E
  • Sunflower seed (ni mesti favorite ramai ni)
  • Almond
  • Kacang
  • Herba Basil & Oregano
  • Aprikot Kering
  • Paprika

Selain itu, makanan yang tinggi dalam cystein dan lechitin seperti bawang putih, bawang merah dsb mampu melindungi daripada formasi katarak dalam mata. Beri yang kaya dalam anthocyanin seperti blueberi, anggur dan lain-lain boleh menambah baikkan penglihatan kita.

Aloe Bits N' Peach

Minuman aloe vera dan buah pic ini sangat sesuai untuk meningkatkan sistem daya ketahanan badan (imuniti) dan membantu sistem penghadaman.

Buah pic adalah sumber yang sangat kaya dengan Vitamin A & potasium yang membantu menjadikan kulit lebih sihat, gebu dan glowing bah kan ia sangat bagus untuk kesihatan penglihatan.

Vitamin A dalam  buah pic juga membantu mencegah kanser dalam organ-organ dan kelenjar dengan tisu epitelium. Buah pic terdiri daripada lebih daripada 80 peratus air dan sumber serat pemakanan, menjadikan ia pilihan yang baik untuk mereka yang cuba mengurangkan berat badan dan mengurangkan sembelit.


Beberapa penyelidik mendapati bahawa antioksidan dalam buah pic membantu merencatkan perkembangan sel-sel tumor. Buah pic juga mempunyai kesan julap kecil dan kesan diuretik yang kuat jadi sangat disyorkan kepada orang yang mengidap penyakit sendi dan gout.

Kandungan vitamin A yang tinggi dalam buah peach ini mampu mengurangkan risiko penyakit kanser kelenjar, katarak penglihatan dan oran-organ lain dalam tubuh. Manakala kandungan fosforus buah pic mampu menghilangkan toksin di dalam buah pinggang.

Aloe Bits n Peaches Forver Living juga kaya vitamin C yang tinggi dari buah pic yang mampu memelihara kesihatan dan mencantikkan kulit kerana ia juga bersifat anti oksidan. Amalan meminum Forever Aloe Bits n Peaches ini juga mampu meningkatkan daya ketahanan tubuh atau sistem imun badan.  

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya di talian 0136283485 untuk sebarang pertanyaan. Mata merupakan anugerah yang paling berharga Dari Allah kepada hambanya, jadi guna lah ia untuk kebaikan di dunia dan jaga lah ia sebaik mungkin....
Reactions:
Powered by Blogger.

Popular Posts