09 February 2015

Assalamualaikum,
Sapa azam tahun baru dia nak kurus?? pendek kata tiap2 tahun lah azam nak kurus kita ni kan, tapi tak kurus-kurus...
haaa... meh sini Ana share beberapa tips untuk kurus sempena azam korang yang nak kurus neh.. hehe

Sebenarnya banyak yang mempengaruhi kurus gemok kita, bukan makanan semata2. Nak tahu? baca sampai habis lah.. hehe

Set target biar realistik! 
kalau berat 70, try target turunkan 3 kilo dlu dalam seminggu. jangan letak nak turun 30 kilo terus.

Pilih makanan diet yang sesuai 
Pilih makanan diet yang kita suka dan tak bosan untuk mengadap makanan tu setiap hari.

Dapatkan nasihat doktor
Ikut nasihat pakar diet jika merancang untuk diet jika ada sebarang masalah kesihatan. Diet sendiri-sendiri boleh jadi bahaya untuk jangka masa panjang.

Rekod setiap perubahan. 
penting untuk kita seimpan rekod penurunan dan pemakanan untuk kita tahu pola penurunan kita. selain tu, inci pun penting kita rekod.  

Motivasi Diri sendiri
Motivasi diri kita untuk menjalani diet secara berterusan. Selalu baca tips2 positif berkaitan diet dan tampal kata2 semangat diruang2 yang selalu kita tgk.  Ini akan bertindak sebagai sumber inspirasi yang berterusan dan akan memberi tenaga kepada kita untuk berpegang kepada pelan diet kita.

Join group support
Tujuan join group support ni supaya ada yang sokokng kita bila kita down. best kan.. tak de la rasa diet  sorang -sorang
.
Ingatkan diri anda kisah kejayaan
Bagi mengekalkan semangat nak diet, ingatkan diri kita apa yang kita telah dicapai - kejayaan besar atau kecil. boleh tahan lapar x makan malam ke, dah turun sekilo ke.. Ini akan membantu kita untuk terus  memberi tumpuan dan membuat kita semakin hampir ke arah melengkapkan matlamat utama kita. iaitu, KURUS!.

Sentiasa pilih makanan segar
Sila tahan diri daripada makan makanan yang ada bahan pengawet dan lemak tepu / trans yang sering dijumpai dalam maknan segera. setia untuk makanan yang segar dan berkhasiat.

Berehat Sebentar
Dalam usaha untuk kekal fokus, ia adalah penting untuk berehat seketika daripada jadual kecergasan biasa sebab badan memerlukan masa berehat. Dengan hanya mengambil masa berjalan-jalan atau berehat dengan yoga atau meditasi.


Jangan memandang rendah dengan minuman
Pastikan minum air dan jus buah-buahan segar kerana ia adalah penting untuk diet yang sihat. Selain menjaga dari badan terhidrat, ia juga membantu membuang toksin berbahaya dari sistem badan kita.

Raikan pencapaian
walaupun baru turun setengah kilo, raikan pencapaian kita. tp jangan la makan plak. banyak lagi cara lain nak raikan pencapaian. hihi

Menjadi fleksibel dengan rancangan
Jangan terlalu strict dengan pelan diet, cuba fleksibel dan mencuba sesuatu yang baru. Kepelbagaian dalam aktiviti kecergasan membuatkan kita akan bekerja lebih baik untuk mencapai sesuatu matlamat.
Dapatkan rakan kongsi latihan
Dapatkan rakan kongsi yang juga sedang diet. Tiada apa-apa kerja-kerja yang lebih baik daripada sahabat yang akan membantu kita mempertahankan matlamat kita. Terdapat pelbagai aktiviti kecergasan seperti hiking atau yoga yang bekerja hebat dengan pasangan atau kumpulan.

Jangan kebuluran
Daripada menyekat pengambilan makanan harian kita kepada tahap yang melampau, ia adalah lebih baik untuk makan sedikit secara berkala untuk mengekalkan metabolisme badan .tak de lah nnt dah habis tempoh diet, kita kejar plak makanan-makanan tu.
sia-sia je nanti.


Jadi, jom mulakan sekarang. JOM kurus! MEsti kurus sebelum raya 2015 kan.. kan..kan..


Nak turbo kurus dengan supplement sambil amalkan tips2 diatas?
jom try set kurus shaklee. 

Reactions:
Powered by Blogger.

Popular Posts