22 January 2015

Sejak dua menjak kecoh pasal epal yang tercemar oleh bakteria listeria monocytogenes ni agak banyak peniaga yang kerugian sampai ada yang hampir tutup peniagaan. Seperti yang dijanjikan hari tu, saya akan kupas ape jenis penyakit listeriosis ni dan ape itu bakteria listeria monocytogenes dan simptom-simptom terkena jangkitan tersebut.

Bakteria Listeria Monocytogenes


Penyakit listeriosis ni merupakan sejenis penyakit bawaan dari bakteria listeria monocytogenes, bakteria ni sangat aktif dengan bahan mentah seperti sayur-sayuran, daging dan buah-buahan. Makanan Yang tercemar oleh bakteria listeria monocytogenes ni mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa ia sudah rosak dari segi fizikal (melalui penglihatan dan bau).

bakteria listeria


Penyakit listeriosis ini juga boleh membawa maut jika tidak di rawat dengan segera, bagaimanapun ia boleh di rawat jika ia di kesan pada peringkat awalnya.

Antara simptom-simptom terkena jangkitan literia ialah:
  • Demam kuat
  • Sakit kepala yang teruk
  • Kekejangan pada leher
  • Loya serta cirit-birit.

Golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti oleh penyakit listeriosis ialah:

  • Wanita mengandung
  • Warga emas
  • Kanak-kanak
  • Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah.

Bakteria ini juga boleh wujud di dalam makanan mentah yang tercemar seperti daging, ikan, kerang dan ayam yang tidak dimasak atau rosak akibat disimpan terlalu lama kerana bakteria listeria boleh hidup lama dalam suhu yang rendah.

Cara penyimpanan makanan adalah penting bagi mengelakkan ia daripada tercemar dengan bakteria 'Listeria Monocytegenes. Oleh itu jika penyimpanan makanan tidak dijalankan secara betul, maka bakteria itu akan merebak ke makanan-makanan yang lain.

contoh makanan mentah

Serangan itu tidak berlaku dalam sekelip mata ataupun sehari dua selepas memakan makanan tercemar, ia mungkin mengambil masa sebulan untuk menampakkan simptom jangkitan kerana bakteria itu membiak secara perlahan tetapi semakin banyak di dalam badan.

Bagaimanapun simptom jangkitan Listeria hanya akan dapat dilihat secara jelas selepas memakan makanan yang dicemari bakteria tersebut dalam masa sebulan.

Cara elak dari penyakit listeriosis


  • Pastikan daging yang belum dimasak diletak jauh daripada sayuran dan makanan yang sudah dimasak
  • Serta elakkan daripada minum susu tidak dipasteur.
  • Basuh tangan
  • Bersihkan peralatan dapur seperti pisau atau kuali selepas memasak atau selepas mengendalikan makanan mentah.
  • Basuh sayur dan Buah-buahan sebelum di makan.
Akhir kata sebenarnya kita banyak terdedah kepada jangkitan bakteria jika kita tidak amalkan pemakanan sihat dan kebersihan makanan dalam rumah kita, oleh itu kita haruslah melindungi diri kita dan keluarga kita dari ancaman penyakit-penyakit ini dengan menjaga pemakanan yang sihat, seimbang dan teratur supaya kita tidak mudah terkena jankitan bakteria.....
Reactions:
Powered by Blogger.

Popular Posts