16 January 2015

Apa Itu Osteoporosis?


Osteoporosis merupakan sejenis penyakit yang tidak disedari oleh kebanyakkan golongan. Ia sejenis penyakit yang menyebabkan kemerosotan pada tulang dan sedikit demi sedikit akan membuatkan tulang anda semakin lemah serta rapuh.

Bagaimana nak tahu yang seseorang itu mendapat penyakit osteoporosis ni? Ia sangat lah mudah, Memandangkan satu daripada tanda paling mudah untuk dikesan ialah tulang rapuh (PATAH/RETAK), seseorang itu hanya akan sedar mereka mengalami osteoporosis apabila tulang mereka patah.

Siapa yang mudah dapat penyakit ini? Sebenarnya penyakit ini menyerang hampir semua orang, tak kira sama ada ia lelaki atau wanita. Bagi mereka yang berusia 50 tahun ke atas, ia sangat berisiko tinggi mendapat penyakit ini, seorang daripada tiga wanita akan mengalami masalah ini berbanding lelaki iaitu seorang daripada lima orang yang menderita kerana osteoporosis, kerana wanita banyak kehilangan kalsium berbanding lelaki....

Perbezaan tulang normal dan osteoporosis

Tips Menjaga Tulang Supaya Sihat


Bagaimana kita harus menjaga tulang agar kuat dan sihat? Tulang ialah tisu hidup yang bertindak menerusi senaman dan pemakanan untuk menjadi lebih kuat. Anda tahu yang otot akan menjadi lebih besar dan kuat apabila sering menggunakannya, begitu juga dengan tulang. Tulang akan menjadi lebih kuat dan padat apabila kita memastikan ia bekerja dan membekalkan nutrien yang betul.

Bagi tulang, ‘bekerja’ bermakna mengendali impak, berat badan atau lebih banyak rintangan. Terdapat dua jenis senaman yang penting untuk membina dan mengekalkan ketumpatan tulang iaitu senaman bebanan dan latihan pengukuhan otot.

Senaman Bebanan


Senaman seawal remaja boleh mencegah osteoporosis

Senaman ini merangkumi aktiviti yang membuatkan anda bergerak menentang graviti ketika berdiri tegak. Senaman bebanan terbahagi kepada dua jenis iaitu berimpak tinggi dan rendah.

Senaman ini direka untuk dilakukan bersama-sama dengan program senaman bebanan. Ia tidak menggantikan keperluan untuk berjalan atau senaman bebanan lain.

Senaman bebanan berimpak tinggi membantu membina tulang dan mengekalkan kekuatannya. Contoh senaman bebanan berimpak tinggi seperti menari, aerobik berimpak tinggi, mendaki, joging atau berlari, melompat tali, menaiki tangga dan bermain tenis.

Senaman bebanan berimpak rendah juga boleh membantu memastikan kekuatan tulang dan lebih selamat bagi mereka yang tidak boleh melakukan senaman berimpak tinggi.

Sekiranya anda tidak boleh melakukan aktiviti senaman bebanan berimpak tinggi, cuba lakukan dengan menggunakan mesin latihan elips, membuat aerobik impak rendah, menggunakan mesin memijak tangga dan berjalan pantas di atas treadmill atau di luar.

Makanan sihat untuk hidup lebih sihat


Kandungan Kalsium yang terdapat dalamminuman,  makanan dan sayuran

Ramai mengetahui kalsium dan vitamin D sangat penting untuk pembinaan tulang yang kuat. Tetapi kebanyakan orang tidak mengetahui bahawa kita kehilangan kalsium setiap hari apabila berpeluh atau pergi ke tandas.

Bagaimanapun, badan tidak dapat menghasilkan kalsium. Justeru, penting bagi kita membekalkan nutrisi kepada tulang. Antara sumber baik kalsium ialah makanan daripada kalsium tinggi seperti susu dan hasil tenusu, beberapa jenis sayur-sayuran hijau dan ikan.

Hasil tenusu ialah susu rendah lemak yang mengandungi kalsium tinggi seperti Anlene, yogurt dan keju. Sekiranya anda suka jenis makanan ini, ia antara cara mudah memperoleh kalsium yang mencukupi untuk kesihatan tulang.

Penting untuk mendapatkan kalsium yang secukupnya daripada makanan yang anda makan. Apabila makanan tidak mengandungi kalsium secukupnya untuk keperluan badan, kalsium akan diambil daripada tulang anda.

Apa fungsi vitamin D dalam pembentukkan tulang yang kuat? vitamin D berfugsi sebagai membantu tubuh menyerap sumber kalsium daripada makanan yang telah kita makan, jika kekurangan sumber vitamin D badan seseorang itu gagal menyerap sumber kalsium dari makanan yang telah di ambil dan sekaligus menyebabkan osteoporosis

Sinaran matahari di awal pagi merupakan sumber vitamin D yang paling murah kita boleh dapat. Selain itu, ikan berlemak seperti salmon, kembung, tuna dan sardin juga adalah sumber untuk mendapatkan vitamin D.
Dari sebiji telur juga anda boleh mendapat sumber vitamin D.

Bagi membantu mengekalkan kesihatan tulang, kurangkan pengambilan minuman beralkohol dan mengandungi kafein. Pengambilan minuman beralkohol yang banyak boleh mengakibatkan kehilangan jisim tulang. Mereka yang minum terlalu banyak alkohol tidak mendapat kalsium secukupnya dan kemungkinan akan mengurangkan bekalan kalsium dalam badan. 

Kopi dan teh juga mengandungi kafein. Kafein akan mengurangkan sedikit penyerapan kalsium. Justeru, pengambilannya lebih daripada tiga cawan kopi setiap hari boleh membahayakan kesihatan tulang. Sekiranya anda gemar minum kopi dan teh, cara untuk membantu menggantikan semula kehilangan kalsium adalah dengan mendapatkan kalsium secukupnya daripada sumber terbaik bagi memenuhi keperluan badan.

Jika anda kurang gemar makan makanan yang mengandungi sumber kalsium atau vitamin D, makan sahaja pemakanan tambahan kalsium secara teratur, ia juga bermanfaat dalam memperbaiki struktur tulang. terdapat pelbagai jenis pemakanan tambahan yang terdapat di pasanran dan farmasi, antaranya Ostematrix Shaklee ia merupakan jalan penyelesaian yang paling mudah dan senang, bahkan ia dijamin selamat dan semulajadi...


Anda juga mungkin nak tahu bagaimana cara saya buat duit secara online.. boleh klik sini http://goo.gl/d4rXze
Bagaimana nak daftar sebagai ahli?? boleh klik di sini http://goo.gl/eXKWxf

Jika nak tahu lebih lanjut boleh hubungi saya seperti berikut:

Your Shaklee Independent Distributor;
♥ Farahana (ID 908237) 

♥ Tel/SMS/WhatsApp/Telegram : 0136283485 
♥ FB Fanpage & Blog : Vitamin Untuk Semua
♥ Email: farahana.hamzah@gmail.com


Reactions:
Powered by Blogger.

Popular Posts