18 January 2015

Wah zaman sekarang makanan yang bagus untuk kesihatan pun boleh tercemar... ini boleh menjejaskan slogan makan sebiji epal setiap hari boleh hindari dari penyakit kanser, seperti yang kita tahu epal merupakan buah-buahan pencuci mulut yang paling di gemari kerana khasiatnya bukan sahaja boleh hindari penyakit kanser malah ia juga boleh mengurangkan tahap kolesterol dan penyumbang kepada kesihatan jantung....

Nampaknya kena alert sikit la bab makan epal mulai sekarang takut yang di kejar tak dapat lain pula yang datang.... malah dengar kata ada yang dah mati disebabkan makan epal yang tercemar ni.... dah macam cerita karton pula.... ini keratan akhbar nya...

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyekat kemasukan epal jenis Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat ke Malaysia kerana dipercayai tercemar oleh bakteria Listeriosis, kata Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata sekatan itu dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) selepas notis berkaitan pencemaran itu diterima kementerian dua hari lalu.

"Kita menerima notis daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika yang memaklumkan tentang insiden pencemaran itu dan difahamkan ia telah menyebabkan 3 kematian dan ramai yang sakit di Amerika dan Kanada," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata kementerian tidak mempunyai bidang kuasa untuk menarik semula epal jenis itu yang telah berada di Malaysia, kerana ia melibatkan soal pemakanan di bawah Kementerian Kesihatan.

Isu berkaitan larangan pengambilan epal terbabit telah tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Malah sebuah portal media turut melaporkan penularan bakteria itu dikesan di sebuah pusat pemprosesan epal Bidart Bros dekat Bakersfield, California melibatkan epal yang disaluti karamel. – Bernama

kalau korang nak tau ni lah rupa epal Gala dan Granny Smith tu, hati-hati la kepada ibu bapa yang selalu beli epal bagi anak-anak tu ye.... takut peniaga-peniaga yang takut kerugian buang label kat epal tu dan jualnya, kita pun tak tau epal tu keluaran mane.... memang banyak jenama epal di pasaran so sila lah berhati-hati...




Akhir kata makan je buah-buahan tempatan untuk elak pekara buruk berlaku buat sementara ni.... tengok upin dan ipin pun diorang buat cerita untuk naikan buah-buahan tempatan, lagi pun lagi sedap kot hehe.... kejap ape jenis eh bakteria listeriosis ni eh?? emmm next entry lah saya cerita....bye......
Reactions:
Powered by Blogger.

Popular Posts