19 December 2014

SUSU ibu adalah makanan terbaik yang perlu diberikan sebaik bayi lahir untuk menguatkan daya ketahanan tubuh terhadap penyakit, terutama jangkitan telinga, alahan dan cirit birit. Namun, desakan kerja menyebabkan sesetengah ibu terpaksa memberhentikan penyusuan badan dan menggantikannya dengan susu formula - dan lazimnya pilihan mereka adalah rumusan berasaskan susu lembu.

Ramai tidak sedar, ada susu formula tidak sesuai untuk si kecil. Kanak-kanak yang diberikan susu formula mudah mengalami kerengsaan, kembung perut dan menangis tidak berhenti, ruam, ekzema, cirit-birit dan muntah.


Menurut Pakar Paediatrik Hospital Kuala Lumpur, Dr Choy Yew Sing, alahan terhadap protein susu biasa berlaku di kalangan kanak-kanak. Sistem imun mereka mungkin bertindak balas dengan protein ini dan menyebabkan reaksi alahan dipanggil Alahan Kepada Protein Susu Lembu (CMPA).

Susu lembu mengandungi lebih daripada 30 juzuk protein yang kebanyakannya boleh menyebabkan tindak balas alahan. Pemecahan protein susu menghasilkan dua jenis protein utama, iaitu kasien dan whey. Kasein adalah protein susu utama yang digunakan dalam industri makanan dan proses penghadaman protein ini menghasilkan lebih 100 jenis antigen yang mampu mencetuskan tindak balas alahan.

Malah alahan ini boleh diwarisi kepada keturunan, dan kanak-kanak yang lahir dalam keluarga yang mempunyai sejarah mengalami alahan ini, malah ia lebih berisiko tinggi menghidapinya. Selain itu, pendedahan awal kepada protein allergenik dan tempoh penyusuan ibu yang singkat boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami alahan.

Reaksi alahan berbeza antara individu. Ia boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu reaksi awal, pertengahan dan lewat.
  • Antara simptom reaksi awal termasuk ekzema, kembung, ruam, sesak nafas dan bersin yang biasanya berlaku dalam masa 45 minit selepas pesakit minum susu.
  • Bagi reaksi pertengahan, pesakit mungkin muntah dan mengalami cirit-birit dalam tempoh 45 minit hingga dua jam selepas minum susu.
  • Manakala reaksi lewat pula membabitkan gejala seperti muntah, ekzema, sesak nafas dan batuk, katanya.

Kembung
Menurut kata Dr Choy Yew Sing lagi, secara umumnya simptom CMPA juga boleh menjejaskan kesihatan kulit, usus dan sistem pernafasan kanak-kanak yang sensitif. Namun, mereka hanya disahkan mengalami alahan jika menunjukkan beberapa tanda berbeza.

Jika tidak, mereka akan diberikan rawatan simptomatik, iaitu merawat gejala dialami seperti batuk, cirit-birit atau ruam. Bagi kes teruk, pesakit mungkin mengalami sesak nafas, cirit-birit serta ekzema dan perlu dimasukkan ke hospital.

“Sehingga kini tiada rawatan untuk mengatasi CPMA, tetapi beberapa langkah boleh diambil bagi menghindarinya, dengan menghentikan pengambilan rumusan berasaskan susu lembu.

“Namun untuk rawatan lebih berkesan, semua produk tenusu perlu dikeluarkan terus daripada diet kanak-kanak dan beralih kepada rumusan hidrolisis terperinci, asid amino atau berasaskan soya.

Walaupun rumusan hidrolisis terperinci dan asid amino terbukti berkesan dan baik kepada kanak-kanak yang alami simptom CMPA, tetapi pengguna perlu menerima hakikat bahawa harganya lebih mahal.

Susu berasaskan kacang soya pada umumnya jauh lebih baik kerana jarang menyebabkan alahan terhadap kanak-kanak. Kajian mendapati, alahan susu soya hanya berlaku 10 hingga 30 peratus di kalangan kanak-kanak CMPA.

Menurut Penasihat Pemakanan, Farah Diba Khan, sumber protein dalam susu rumusan kacang soya membekalkan semua sembilan asid amino yang diperlukan bagi tumbesaran kanak-kanak.

Kajian menunjukkan pertumbuhan fizikal kanak-kanak yang diberikan rumusan berasaskan soya adalah normal dan setanding dengan kanak-kanak lain, selagi mereka mendapat bekalan protein diperlukan.

Kanak-kanak berumur di antara satu dan 10 tahun memerlukan 16 hingga 28 gram protein sehari untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan optimum kerana ia bahan penting bagi penghasilan tisu, otot dan organ, selain berperanan sebagai pengatur fungsi badan.




Kebaikan Susu Ibu

Nak tahu tak yang susu ibu itu mengandungi zat dan vitamin yang mencukupi dan berubah mengikut umur dan keperluan bayi dan ia mudah dihadam dan digunakan oleh bayi dengan berkesan serta melindungi bayi dari penyakit, mengandungi antibodi, dan tiada pencemaran. Susu awal ibu atau dikenali sebagai kolostrum yang berwarna kekuningan pula adalah makanan pertama yang sempurna bagi bayi dan mengandungi pelbagai kebaikan.

Apa pula pentingnya kolostrum ini pada bayi?

Sebenarnya kolostrum ini boleh membantu bayi anda untuk mengeluarkan mekonium (najis bayi di awal kelahiran), mencegah penyakit kuning (jaundis), melindungi bayi dari jangkitan dan alahan (susu ibu kaya dengan antibodi dan sel darah putih), mencegah jangkitan dan penyakit mata (kaya dengan vitamin A dan E), mengandungi faktor pertumbuhan bagi kematangan usus sekaligus mencegah alahan dan bertindak sebagai imunisasi pertama untuk menentang bakteria dan virus.

Selain itu susu ibu juga melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan, mengurangkan penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis, dan cirit-birit.

Ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak di kemudian hari dan sekaligus susu ibu turut mengurangkan risiko sindrom kematian bayi, mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.
Kelebihan Susu Ibu



Antaranya ialah

1) Susu ibu meningkatkan perkembangan otak dan saraf bayi anda dan kajian menunjukkan IQ bayi yang menyusu susu ibu adalah lebih tinggi daripada yang tidak menyusu ibu.

2) Menyusukan anak dapat membantu ibu untuk mengurangkan berat badan kerana penyusuan ini dapat membakar kalori

3) Bayi yang menyusu ibu akan jarang dijangkiti penyakit kerana susu ibu mengandungi bahan anti kuman yang dapat melindungi bayi dan belum ada lagi bayi yang alah dengan susu ibu.

4) Menyusukan bayi juga turut memberikan faedah kepada ibu kerana dapat merendahkan risiko terhadap barah payudara dan ovari, mengelakkan pendarahan selepas bersalin, menjarakkan kelahiran kerana penyusuan merupakan cara perancang keluarga semulajadi, mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut.

5) Penyusuan susu ibu juga akan menjimatkan wang kerana tidak perlu menyediakan barang keperluan untuk penyusuan, tidak perlu membeli susu formula dan mengurangkan perbelanjaan untuk rawatan perubatan kerana bayi yang menyusu ibu jarang sakit.

6) Selain itu, penyusuan susu ibu juga membantu mengeratkan kasih sayang antara anak dan ibu, lebih masa terluang bersama keluarga, dan menyumbang kepada objektif negara dalam perancangan keluarga.



Kredit to KakFaz

Anda punyai masalah kurang susu badan?? anak susu tidak puas?? susu tidak pekat?? anda merupakan orang yang bertuah kerana jumpa dengan saya, saya akan cuba bantu anda atasi masalah ini dengan secepat yang boleh klik link ini http://goo.gl/5zgkSG untuk baca seterusnya
Reactions:
Powered by Blogger.

Popular Posts