04 November 2014

Resepi ni sebenarnya di cipta oleh seorang tukang masak cina pada zaman three kingdoms lagi, mengikut cerita yang pernah saya tengok dalam drama three kingdoms dan baca dalam buku sejarah cina masa perang three kingdoms antara wei, shu dan wu.




Cao cao merupakan jeneral yang bijak pandai, disebabkan mereka telah berperang berbulan-bulan lamanya dan bekalan makanan pun makin berkurangan, jadi beliau terpikir satu helah untuk mengelirukan musuh mereka iaitu dengan memecahkan periuk belanga dan tempayan supaya musuh mereka pikir yang tentera jeneral cao cao telah kehabisan makanan. Sebenarnya tukang masak mereka telah mengsalai semua daging yang mereka ada, dari situ lah terciptanya daging salai kerana ia mampu bertahan lama walaupun berminggu-minggu.... hihi


Bahan-bahan Daging Salai Berlada Hitam

  1. Daging segar - 1/2kg
  2. Lada hitam - 1 sudu teh (ditumbuk separa halus) (jika suka pedas boleh tambah lagi)
  3. Sos tiram - 2 sudu makan
  4. Garam - 1 sudu teh
  5. Gula - 1/2 sudu teh
Cara-cara salai daging

Daging 1/2kg tu tak perlu potong kecil, biarkan je seketul macam tu kemudian hiris nipis daging tu (jika suka rangup boleh hiris nipis macam bacon) biasa saya hiris ketebalan dalam 1/2mm atau 1mm je supaya proses perap dia cepat.

Daging yang sudah di hiris nipis
Selepas hiris daging gaul kan daging dengan bahan lain dan biarkan selama 1/2jam atau 1jam untuk daging tersebut rasanya sebati.... (nak tahan lagi lama jemur dibawah sinaran matahari sehinga kering boleh simpan sehingga 1bulan)

Cara masak boleh di goreng atau di bakar kedua-duanya enak di makan.... (kalau goreng masukkan seulas bawang putih supaya daging tu lagi wangi)

Sudah siap....

SELAMAT MENCUBA....
Reactions:
Powered by Blogger.

Popular Posts