14 October 2014



Hari ni banyak duk kat luar je, pagi pergi enjoybreastfeed, tengahari pergi HQ shaklee, lepas tu bermula lah cerita nak pergi try sportbike lah ape lah hihi.... sebenarnya ana tengah cari motor untuk buat ulang alik kerja maklum lah minyak pon dah naik mesti ramai yang guna kenderaan awam kalau naik komuter kompem kena berdiri... pada hal masa ana pregnant anak ke3 hari-hari kot kena berdiri dari kl sentral himgga stesen klang....



So nak la cari motor senang sket balik tak de la bersesak kat federal tu.... usha-usha sportbike ni tapi macam tak yakin je boleh bawak haha..... lepas tu terpikir plak nak tenggok Perodua Axia... ajak la suami ana pergi show room Perodua yang dekat dengan rumah.... sampai je sana salesmen tu suruh test drive ape lagi suruh suami bawa la.... dan ini pandangan dia tentang Perodua Axia...... ana bab kete ni tak brape tahu, yang ana tahu, naik je la hihi...



Suami ana cakap Axia ni kurang pick up sket berbanding Myvi gear 1 nak ke gear 2 tu agak lembab sket... engine plak bunyi agak kuat.... bawa dalam 20km/h hingga 100km/h lampu Eco mood akan menyala itu tandanya dalam mood penjimatan... guna timing chain, service setiap10k (salesmen yang bagitau) suspension agak keras, tapi seat dia lembut agak selesa tak macam Myvi... dalaman luas berbanding Viva (selesa la...) boot pun besar sket.... overall agak memuaskan dari kategori segmen kereta 1.0cc ni... lagi pun banyak gak aksesori untuk Advance facelift..... minyak memang jimat....




Yang tak bestnya tempoh menunggu tu agak lama...... kalau G spec tempoh menunggu 2 hingga 3 bulan, kalau SE dan Advance dalam 1 hingga 2 bulan.... salesman tu ade cakap buat masa ni Myvi dan Alza memang xde orang tempah kalau nak beli 2,3hari boleh dapat hehe....

Reactions:
Powered by Blogger.

Popular Posts