30 September 2014



Berikut merupakan beberapa langkah yang ringkas ke arah mewujudkan keyakinan diri:

1.   Mulakan hari anda dengan bacaan Al-Quran & munajat kepada Allah.
2.   Bermuhasabah diri sebelum melakukan sesuatu.
3.   Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.
4.   Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?
5.   Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.
6.   Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif
7.   Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.
8.   Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
9.   Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.
10.   Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
11.   Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.
12.   Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.
13.   Bertawakkal kepada Allah.

INSYALLAH ANDA AKAN DAPAT MENILAI BETAPA BERHARGANYA DIRI ANDA!
SESUNGGUHNYA ANDA ADALAH INSAN YANG MULIA
INSAN YANG MULIA MEMPUNYAI POTENSI

DAN SETIAP POTENSI HARUS DIUSAHA UNTUK MENDAPATKAN HASILNYA!
Reactions:
Powered by Blogger.

Popular Posts