09 July 2014

Asma atau lelah......

apa yang korang tahu pasal asma dan lelah ni??


rawat asma atau lelah


Adakah anda tahu asma atau lelah ni boleh bawa kepada maut, jika ia tidak di jaga dengan rapi......
- Adakah anda tahu asma tidak berjangkit, tetapi ia boleh di warisi.....
- Adakah anda tahu pesakit asma kebanyakkannya adalah kanak-kanak.....
- Adakah anda tahu 70%-90% pesakit asma juga mempunyai Rinitis....
- Adakah anda tahu 40%-50% pesakit alahan rinitis juga mempunyai asma.....
- Adakah anda tahu sekurang-kurangnya 20%-30% kanak-kanak yang menghidap asma akan juga mengalami ekzema....

Apa Itu Asma:


Asma adalah sejenis penyakit saluran penafasan yang kronik yang melibatkan saluran udara yang membawa udara masuk dan keluar dari paru-paru. Ia menyebabkan kekejangan dada dan sesak nafas yang dikenali sebagai 'serangan atau episod asma'. Penyakit ini boleh membawa maut jika tidak dirawat atau dikawal dengan baik.

Bagi penyakit asma, saluran udara yang mengalami keradangan adalah sangat sensitif bila terdedah kepada pelbagai ransangan atau "pencetus". Ia akan menjadi sempit, menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Terdapat dua jenis asma: asma alahan dan bukan alahan. Seseorang itu berkemungkinan untuk mempunyai kedua-dua jenis asma ini.

Inhaler merupakan kawan baik kepada penghidap asma, tambah-tambah yang dah tahap kronik. Tetapi bagaimana Abang ni buat supaya ia dapat hidup dengan aman tanpa perlu fikir jika terlupa bawa inhaler bila keluar bercuti dengan keluarga beliau?




Tahap Penyakit Asma:

  • Bagi serangan yang ringan dan berterusan, gejalanya muncul lebih dari dua kali dalam seminggu, tetapi bukan setiap hari
  • Bagi serangan yang sederhana, individu yang terlibat akan mengalami gejala asma setiap hari.
  • Bagi serangan yang teruk, pesakit mempamerkan gejala yang berterusan dan kerap.

Penyebab Asma:

  • Asma alahan disebabkan oleh alergen (pencetus alergi). Alergen ini biasanya mencetus gejala asma sewaktu penghidap asma bernafas. Saluran udara yang begitu sensitif akan mengalami pencerutan apabila alergen memasuki sistem penafasan melalui hidung.
  • Debunga, kulat dan hama adalah di antara alergen yang selalu hadir di udara. Kadangkala seseorang yang alah atau alergik boleh mendapat serangan asma apabila tertelan alergen. Contohnya seperti perisa makanan dan ubat-ubatan.
  • Untuk asma yang bukan alahan, pencetusnya tidak ada kaitannya dengan alahan tetapi masih mampu menimbulkan perubahan pada laluan udara sebagaimana tindakan alergen.
  • Contoh-contoh pencetus bukan alergen ialah:
    Agen Bawaan Udara - sebatian yang bercampur dengan udara seperti wasap dan wap dan asap. Agen atau bahan yang yang boleh mencetus gejala asma ini boleh wujud di dalam dan di luar rumah. Satu contoh bahan yang boleh wujud di luar rumah ialah gas karbon monoksida dari asap kenderaan. Contoh-contoh bahan bawaan udara yang wujud di dalam rumah termasuklah asap dari dapur dan wap dari cat aerosol.
  • Jangkitan pada sistem penafasan - terutamanya demam dan selsema. Kuman-kuman virus akan menyerang pengalas saluran udara dengan merangsang hujungan saraf menyebabkan otot yang menyelaputi saluran udara semakin tercerut. Senaman dan juga lain-lain aktiviti fizikal mampu menyebabkan pesakit asma terpaksa bernafas dengan lebih cepat. Sesetengah individu menghidap asma yang teraruh oleh senaman. Ini bermaksud, mereka hanya mengalami gejala asma ketika bersenam.
  • Udara yang sejuk atau perubahan cuaca boleh mencetus asma kerana otot di sekitar saluran udara akan mengalami pencerutan sebagai tindakbalas terhadap suhu udara.
  • Emosi dan stres juga mampu mempengaruhi kekerapan dan keterukan asma. Desakan udara yang melalui saluran udara ketika marah dan resah mampu mencetuskan asma.

Faktor - Faktor Risiko

  • Pencemaran udara : Mereka yang mudah terdedah kepada pencemaran udara mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit ini. Ini termasuklah mereka yang tinggal di kawasan bandar, tinggal bersama-sama perokok dan yang bekerja di persekitaran yang tercemar. Udara yang tercemar mengandungi pelbagai pencetus asma seperti asap dan wasap. Biasanya, ibubapa yang mengidap Asma mempunyai 6 kali ganda risiko untuk memperolehi anak yang menghidap asma.
  • Bayi pra matang : Bayi pramatang juga memiliki risiko yang tinggi untuk menghidap Asma apabila umur mereka meningkat kelak. Ini kerana, sewaktu mereka dilahirkan, sistem respirasi mereka masih belum matang dan masih belum mampu berfungsi sepenuhnya. Golongan ini mudah menghidap Asma kerana mereka menghadapi masalah untuk menyedut dan menghembus udara keluar dari paru-paru.
  • Merokok : Rokok mengandungi asap tembakau. Asap tembakau mengandungi pelbagai sebatian kimia yang boleh menyebabkan berlakunya keradangan pada saluran udara dan seterusnya menyebabkan asma. 

Langkah pencegahan


rawat asma atau lelah


Pada kebiasaannya ubat yang disarankan oleh doktor untuk pesakit asma ialah steroid. Kita sedia maklum bahawa steroid akan memberi kesan jangka panjang. Kajian mendapati, mereka yang megidap penyakit yang berkaitan dengan inflamasi seperti asma mempunyai kandungan omega 3 yang rendah.
Kajian klinikal University Of Maryland Medical Centre menunjukkan 29 kanak-kanak asma yang diberi makan minyak ikan yang kaya dengan EPA dan DHA selama 10 tahun mampu mengurangkan simpton asma berbanding yang tidak diberi omega 3.

Manfaat Omega Guard.


Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*

rawat asma atau lelah


  • Mengandungi minyak ikan
  • Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
  • DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf, mencegah penyakit asma dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
  • Imuniti badan
  • Meningkatkan daya tumpuan dalam pembelajaran
  • Sistem peredaran darah yang teratur


TESTIMONIAL OMEGA GUARD




rawat asma




MENGAPA BAYAR LEBIH?? DAFTAR SEKARANG SEBAGAI AHLI UNTUK PENJIMATAN 15% HINGGA 25% SEUMUR HIDUP


 
utk mengetahui lebih lanjut. boleh hubungi ana : 
Your Shaklee Independent Distributor;
♥ Farahana (ID 908237)

♥ Tel/SMS/WhatsApp/Telegram : 0136283485
♥ FB Fanpage & Blog : Vitamin Untuk Semua
♥ Email: farahana.hamzah@gmail.com
Reactions:
Powered by Blogger.

Popular Posts