05 May 2014

Riwayat: Muslim

Hadith: 


Daripada Abu Zar RA daripada Nabi SAW telah bersabda, “Dituntut ke atas setiap sendi kamu itu sedekah, setiap tahmid itu sedekah, setiap tahlil itu sedekah,setiap takdir itu sedekah, menyeru kepada kebaikan itu sedekah, melarang daripada kemungkaran itu sedekah dan memadailah bagi setiap amalan yang disebut itu dua rakaat sembahyang Dhuha.”

Huraian Hadith: 


Umat Islam digalakkan supaya banyak bersedekah sebagai tanda bersyukur di atas nikmat Allah SWT dan untuk menghindar bala menimpa.

Membanyakkan zikir mempunyai kelebihan yang besar, begitu juga memelihara sembahyang Dhuha dengan melakukannya pada setiap hari.

Allah tidak mensia-siakan segala gerak-geri anggota manusia yang melakukan segala kebaikan bahkan ia akan diberi ganjaran yang sewajarnya.
Reactions:
Powered by Blogger.

Popular Posts