26 May 2014

Masa terbaik untuk memberi anak makanan pejal bermula pada usia 6 bulan atau bergantung kepada kesediaannya kerana ada sesetengah bayi mula mengambil makanan pejal sebelum usia menjangkau 6 bulan.

makanan yang sesuai untuk si comel


Anda sepatutnya memperkenalkan makanan pejal kepada anak secara berperingkat. Ketahuilah bahawa makanan bayi yang disediakan sendiri di rumah adalah yang terbaik untuk anak kerana segar dan tidak menggunakan sebarang bahan pengawet.Pemilihan bahan yang digunakan untuk memasak makanan bayi harus dititik beratkan agar makanan yang disediakan adalah berkualiti.



6 bulan
Tekstur makanan : Puri yang halus/makanan yang diblander  
Minuman: Susu ibu. 
Makanan yang dicadangkan: Beras, pisang, ubi kentang, keledek, bayam dan lobak merah.
Perlu dielakkan: Garam, gula, produk tenusu, telur dan kekacang.

8 bulan
Tekstur makanan: Puri yang sedikit kasar/makanan yang dilecek 
Minuman: Susu ibu atau susu formula dan air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan  
Makanan yang dicadangkan: Buah-buahan dan sayur-sayuran.
Perlu dielakkan: Garam, gula, susu lembu segar, organ dalaman haiwan, kekacang dan putih telur.

10 bulan
Tekstur makanan: Makanan yang dilenyek kasar. 
Minuman: Susu ibu atau susu formula dan air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan  
Makanan yang dicadangkan: Buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan ayam.
Perlu dielakkan: Garam, gula, putih telur, kerang-kerangan, kekacang dan cili.

12 bulan
Tekstur makanan: Makanan yang dilenyek kasarMinuman:
Susu ibu atau susu formula, air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan Makanan yang dicadangkan: Sayur-sayuran, buah-buahan, makanan berprotein dan bijirin.
Perlu dielakkan: Garam dan gula yang terlalu banyak, cili dan kerang-kerangan.
Reactions:
Powered by Blogger.

Popular Posts