11 April 2014

Riwayat: Tirmizi dan katanya : Hadis ini Hasan Sohih
Hadith:

Daripada Abu Hurairah RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya. Orang-orang yang terpilih di antara kamu ialah mereka yang paling baik pergaulan serta hubungan dengan isteri-isteri mereka.”

Huraian Hadith:

Iman dan akhlak mempunyai hubungan dengan erat, kerana itu orang yang paling baik akhlaknya ialah orang yang paling sempurna imannya.


Kesempurnaan iman seseorang adalah di nilai dari segi akhlak yang mulia.


Para suami di tuntut oleh Islam supaya berlaku baik pergaulan dengan isteri serta penuh bijaksana mengendalikan urusan rumahtangga.


Rumahtangga yang harmoni dan bahagia dapat melahirkan satu masyarakat yang baik.
Reactions:
Powered by Blogger.

Popular Posts