16 April 2014

Riwayat: Bukhari dan Muslim

Hadith: 


Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah SAW diberi susu yang dicampur dengan air. Disebelah kanan Baginda duduk seorang arab Badwi, dan di kiri Baginda pula Saidina Abu Bakar RA. Baginda minum susu tersebut kemudian memberinya kepada orang Badwi (yang sebelah kanan) lalu bersabda “Dahulukan sebelah kanan dan seterusnya ke kanan.

Huraian Hadith: 


Di antara sunnah Rasulullah SAW ialah mendahulukan pihak yang kanan dalam semua perkara kebajikan
Islam mengajar kepada kita supaya tidak memandang hina sesama manusia walaupun orang tersebut hamba, orang yang miskin dan lain-lain kerana kemuliaan yang hakiki di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa.
Reactions:
Powered by Blogger.

Popular Posts