19 April 2014

Riwayat: Muslim

Hadith:

Daripada Abdillah bin Amru bin al-‘As RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya berbahagialah mereka yang memeluk Islam, dan mendapat rezeki yang cukup serta Allah memberikannya pula perasaan cukup (bersyukur dengan apa yang diberikan kepadanya)”.

Huraian Hadith:

Islam menyuruh umatnya bersyukur dengan nikmat Islam, (beriman) rezeki yang banyak serta perasaan mencukupi dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepadanya.


Umat Islam di suruh supaya merasa cukup dengan apa yang telah dikurniakan Allah kepadanya serta menggunakannya untuk mendekatkan diri kepada Allah.


Islam adalah asas segala kebaikan, kerana Islam adalah syarat bagi amalan yang diterima di sisi Allah SWT.
Kekayaan sebenar ialah perasaan cukup dengan rezeki yang diperolehi.
Reactions:
Powered by Blogger.

Popular Posts