06 March 2014




Bagi pengemar makanan pedas, info in mungkin berita gembira bagi mereka. Masakan pedas yang enak pada anda ternyata memberi manfaat kesihatan. Antaranya seperti berikut:

Menurunkan Berat Badan

Rasa pedas mampu meningkatkan metabolisme tubuh badan manusia. Kajian menunjukkan bahawa unsur dalam cili iaitu kapsaisin, memiliki kesan termogenik yang mampu menyebabkan tubuh badan membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit.

Menyihatkan Jantung

Hasil kajian juga menunjukkan, amalan mengambil makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan strok yang lebih rendah. Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan kerosakan akibat kolestrol jahat, sementara itu kapsaisin pula boleh melawan peradangan. Keduanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung

Mencegah Kanser

Menurut Amerika Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan membunuh beberapa sel kanser dan leukemia.

Mengurangkan Stres

Makanan pedas meningkatkan produksi hormon yang memberikan rasa menyenangkan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini membantu mengusir depresi dan stres....


*info dari majalah Wanita....
Reactions:
Powered by Blogger.

Popular Posts