15 February 2014



Sungguh ajaib jika difikirkan tentang proses pembentukan susu. Tiada kilang di dunia ini yang mempunyai teknologi canggih yang boleh memproses darah merah serta zat makanan menjadi susu putih. Inilah kehebatan dan kekuasaan Allah s.w.t yang maha mencipta.

Apabila lahirnya seseorang bayi ke dunia, dia mesti menyesuaikan tubuh badannya deangan alam kehidupan yang baru. Semasa di dalam kandungan, segala pelindungan dan bekalan makanan telah diberikan oleh ibunya melalui rahim dan plasenta (uri). Namun perlindungan tersebut telah terputus dan ia memerlukan sesuatu sebagai ganti untuk pelindungan diri mereka.

Selepas dilahirkan, tugas-tugas rahim dan plasenta sebenarnya telah diambil alih oleh makanan pertama yang mereka makan iaitu susu ibu.

Penghasilan susu ibu ditentukan oleh sejenis hormon di dalam badan ibu, iaitu hormon prolaktin. Hormon ini dirembeskan oleh kelenjar pituitari di otak yang akan merangsang payudara untuk menghasilkan susu. Semasa mengandung, hormon-hormon mengandung seperti progesteron  dan estrogen yang dihasilkan oleh plasenta akan menghalang penghasilan hormon prolaktin. Sebaik sahaja selepas bersalin, plasenta akan dikeluarkan dan menyebabkan hormon progesteron dan estrogen akan menurun dan hormon prolaktin terus meningkat. Peningkatan ini hormon prolaktin  seterusnya memulakan penghasilan susu yang banyak untuk seseorang bayi.

Fenomena ajaib ini telah disusun oleh Allah s.w.t supaya nutrisi yang sangat bernilai ini disediakan tepat pada masanya apabila bayi memerlukannya, iaitu sebaik sahaja selepas dilahirkan. Semasa di dalam kandungan, plasenta mamainkan peranan untuk membekalkan segala nutrisi dan keperluan lain kepada bayi. Selepas dilahirkan, bayi akan terpisah dengan plasentanya dan Allah s.w.t telah menggantikan dengan sesuatu yang baru sebagai sumber nutrisi mereka, iaitu susu ibu..

Untuk meningkatkan bekalan susu anda:
  • Biarkan bayi anda menyusu seberapa kerap yang dia mahu, dan berapa lama yang dia mahu, dan berikan kedua-dua buah dada anda setiap kali anda menyusukan.
  • Berikan dia hanya susu badan sahaja dan elakkan daripada menggunakan puting sebab ini akan mengurangkan masa dia menyusu.
  • Jangan cari jalan mudah dengan mengisi penuh dengan susu formula (ini dikatakan "melengkapkan"). Bekalan susu anda akan selaras apabila badan anda menyesuaikan diri dengan permintaan bayi anda. Jika anda mengenyangkan dia dengan susu formula, bayi anda tidak akan membuat permintaan susu yang banyak dan bekalan susu anda akan menurun.
  • Dalam masa anda mencuba memperbaiki cara pelekapan bayi anda, anda juga boleh cuba memerah susu anda selepas setiap penyusuan. Memerah keluar baki susu seberapa yang boleh akan membantu merangsang bekalan susu anda. Jika anda menyimpan susu ini dalam peti ais atau penyejuk beku, anda boleh menggunakan susu badan anda sendiri untuk memberi susu tambahan kepada bayi anda pada masa dia berasa amat lapar, mungkin pada waktu petang.
  • Sesetengah herba (seperti halba) dikatakan boleh menambahkan bekalan susu ibu - ia dikenali sebagai galactagogues, atau perangsang penghasilan susu. Tetapi, tidak terdapat bukti dari mana-mana kajian untuk menyokong penggunaannya. Begitu juga, betik muda dan sup ikan tidak pernah dibuktikan secara saintifik dapat menambah bekalan susu, namun begitu, generasi tua dan pengasuh pantang tradisional Cina (pui yuet) menaruh penuh kepercayaan kepadanya. Anda harus maklum bahawa kebanyakan ahli farmasi dan farmakologi akan menasihatkan anda supaya tidak menggunakan ubatan herba semasa kehamilan dan penyusuan.
Sesetengah gangguan kesihatan juga boleh menyebabkan bekalan susu yang rendah:
  • tahap tiroid yang rendah (dan kadang-kala tinggi);
  • kehilangan jumlah darah yang banyak semasa bersalin atau selepas itu (bekalan susu anda akan terjejas sehingga anda sembuh);
  • komplikasi disebabkan sebahagian plasenta masih berada dalam rahim; ini akan mengganggu penghasilan susu sehingga ia lepas keluar atau ditarik keluar;
  • ubatan (contohnya kombinasi pil pencegah kehamilan dan ubat selesema dengan dekongestan seperti pseudophedrine) mungkin boleh mengurangkan bekalan susu.




Set Penyusuan Shaklee

Set penyusuan Shaklee merupakan vitamin yang di perbuat dari bahan semulajadi untuk menampung zat makanan dalam badan ibu supaya sentiasa sihat dan bertenaga. Untuk mengekalkan kesihatan badan pada tahap yang sihat, ibu seharusnya mengabil supplemen/vitamin untuk menambah khasiat atau zat makanan yang telah ibu susukan kepada bayinya. Ini kerana, kemungkinan khasiat yang diperolehi dari permakanan hariannya tidak dapat menampung kekurangan zat dalam badannya. Apabila badan ibu cergas, ibu akan tenang dan penghasilan susu pun akan berjalan dgn lancar dan banyak. Selain itu, bukan semua makanan yang di makan cukup zat untuk baby kita. Terdapat empat jenis set penyusuan menngikut bajet masing2 klik di sini untuk maklumat mengenai set-set yang ditawarkan.



 
utk mengetahui lebih lanjut. boleh hubungi ana : 

Your Shaklee Independent Distributor;
♥ Farahana (ID 908237)
♥ Tel/SMS/WhatsApp/Telegram : 0136283485
♥ FB Fanpage & Blog : Vitamin Untuk Semua
♥ Email: farahana.hamzah@gmail.com


Reactions:
Powered by Blogger.

Popular Posts