07 February 2014


 “ Belajarlah untuk menangis demi kesedaran dan keinsafan, namun dalam melakukan ibadah ini, kalau masih belum mahu mengalirkan air mata, lakonkan juga sehingga benar-benar menangis. Semoga dengan itu kita diterima Allah sebagai hamba yang benar-benar insaf ”

  1. Solat tahajjud
  2. Solat taubat
  3. Solat tasbih

SOLAT TAHAJJUD
Firman Allah SWT.:
“Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”
(Surah Isra’; ayat 79)


Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:
.
a) Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)
    Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)
Atau;
b) Rakaat pertama:    Surah Al-Kaafirun
    Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas
Atau;
c) 10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
     (Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)

KELEBIHAN  SOLAT TAHAJJUD.

  1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
  2. Doa dimakbulkan Allah.
  3. Memperolehi ketenangan jiwa.
  4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
  5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
  6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
  7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
  8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
  9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
  10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
  11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
  12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
  13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
  14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
  15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
  16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
  17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
  18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.

SOLAT TAUBAT

Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu.

Fadhilat Solat Taubat:

1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.

Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas

Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:


“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).

SOLAT TASBIH

Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib. Rasulullah SAW bersabda:  “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“ 
( HR. Abu Daud dan Ibnu Majah )

Cara Mendirikan Solat Sunat Tasbih
.
Solat sunat Tasbih dilakukan sebanyak empat rakaat dan satu salam sekiranya solat itu didirikan pada siang hari. Manakala jika didirikan pada malam hari, 4 rakaat itu dikerjakan dengan 2 salam (2 rakaat, 1 salam).

Harus diingat, walaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yang agak lama (lebih kurang 4 minit) kerana ia diselangi bacaan tasbih. Setiap rakaat jumlah tasbihnya 75 kali, maka  jumlah keseluruhan tasbih yang dibaca adalah 75 tasbih  X 4  rakaat = 300 kali.

Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

Rakaat 1:  Surah At-Takathur atau Ad-Dhuha
Rakaat 2:  Surah Al-Ashr atau Al-Insyiraah
Rakaat 3:  Surah al-Kafirun atau Al-Kauthar
Rakaat 4:  Surah Al-Ikhlas.atau An-Nashr


Bacaan Tasbihnya ialah:

Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar; Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.


Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:

- Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
- Rukuk - 10 kali tasbih
- Iktidal - 10 kali tasbih
- Sujud pertama - 10 kali tasbih
- Duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih
- Sujud kedua - 10 kali tasbih
- Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, - 10 kali tasbih.

Reactions:
Powered by Blogger.

Popular Posts