24 June 2013

Banyak kajian di negara asing telah membuktikan bahawa pencemaran udara boleh membahayakan bayi dalam kandungan. Ini adalah sebab bahan pencemar yang disedut semasa ibu bernafas boleh sampai masuk ke dalam rahim melalui tali pusat.

Antara bahaya jerebu kepada kandungan adalah:

✿ Asbut boleh membahayakan perkembangan otak bayi dalam kandungan.

✿Berat kelahiran yang rendah

✿Kelahiran bayi pramatang

✿Kematian bayi dalam kandungan

✿Ibu-ibu yang tinggal di kawasan yang mempunyai tahap ozon dan karbon monoksida yang tinggi adalah tiga kali ganda lebih cenderung melahirkan bayi yang mempunyai bibir dan lelangit rekah dan kecacatan injap jantung. Risiko yang paling besar berlaku semasa bulan kedua kehamilan, apabila fetus sedang membentuk struktur muka dan organ-organ.
✿Kematian di usia bayi.





Langkah pencegahan:
-----------------------
#elakkan aktiviti luar ketika jerebu.  

#pastikan sentiasa memakai face mask untuk keselamatan diri dan kandungan.
#minum air 3L sehari
#dapatkan rawatan segera jika badan rasa lemah.
Reactions:
Powered by Blogger.

Popular Posts