19 April 2013

Hari ni saya nak bercerita tentang lemak baik dan lemak jahat.

Dengar macam lucu kan. Tapi,memang ada 2 jenis lemak tu.

Untuk pengetahuan, lemak juga merupakan asas penting dalam diet disebabkan sifatnya yang membekalkan tenaga.
Tambahan pula, lemak turut menambahkan keenakkan dalam makanan. Memang best lemak ni.

Tetapi, pengambilan lemak secara berlebihan dalam diet mampu menjejaskan kesihatan sekaligus
menimbulkan masalah obesiti.

Oleh itu, kita perlu kawal pengambilan lemak dalam makanan seharian.

Lemak jahat yang sering dikaitkan dengan punca kepada kebanyakan penyakit adalah lemak tepu.
Lemak tepu ni biasanya ditemui dalam makanan yang bersumberkan haiwan. Apabila kita memakannya, ia boleh
menyebabkan paras kolesterol dalam darah meningkat dan berisiko untuk mendapat penyakit jantung.

Jika kita ada penyakit tekanan darah tinggi, dan memakan lemak tepu, kita juga boleh diserang STROKE!

Jadi, apakah sumber lemak yang bagus?

Jawapannya adalah lemak baik.

Lemak baik boleh didapati daripada lemak politaktepu dan monotaktepu.

Contohnya: Minyak sayuran, olive oil, fish oil.

Walaubagaimanapun, biasanya kita terlupa tentang lemak ni. Oleh itu, untuk tidak makan lemak jahat secara berlebihan, kita

boleh amalkan tips di bawah:

1. Pilih makanan yang rendah lemak dan rendah kolesterol.

2. Kurangkan santan atau minyak kelapa dalam masakan.

3. Semasa memasak, guna minyak dengan kuantiti sedikit.

4. Pilih daging tanpa lemak. Jika ada kulit, jangan masukkan dalam menu makan.

5. Hindarkan penggunaan lemak dalam masakan seperti majerin.

6. Masak dengan cara alternatif seperti mengukus.


Baiklah ..

Itu sahaja tips dan info daripada

saya.

Reactions:
Powered by Blogger.

Popular Posts