19 February 2013

Tips menaikkan berat badan secara sihat.


http://healthy.babykawaiistore.com/wp-content/uploads/2012/09/cinchshakemix1-290x300.png

Kita selalu terbaca tip – tip untuk mengurangkan berat badan. Bagi yang mengalami masalah berat badan memang sesuailah membaca dan mempraktikan tips itu, tapi bagaimana yang sudah kurus? takkan nak jadi lagi kurus bukan.  Bagi yang terlampau kurus, mereka selalu mengeluh dan mencuba pelbagai cara untuk menaikkan berat badan. Dan jangan terkejut kalau haku mengatakan, mereka yang terlampau kurus juga sebenarnya risau akan masalah berat badannya sama seperti mereka yang obesiti.

Bagi yang kurus, ramai akan menyuruh seseorang itu untuk sentiasa makan, makan dan makan untuk menaikan berat badan mereka, tetapi tak semua yang akan naik berat badannya dengan hanya makan, makan dan makan. Bagi seseorang yang kadar metabolisma dia tinggi, makan saja tidak cukup untuk menaikkan berat badannya, malah sentiasa makan tanpa memikirkan khasiat makanan itu boleh mengundang kepada penyakit seperti diabetis dan masalah kolestrol.

Jadi hari ni, nak kongsikan bagaimana nak meningkatkan berat badan dalam masa yang sama kekal cergas dan mantap :)

1. Workout.
Kenapa perlu workout? jika seseorang hendak menguruskan badan beliau kena sentiasa bersenam dan berjongging untuk mengurangkan lemak – lemak yang terdapat pada badan diorang bukan? begitu juga dalam menaikkan berat badan. Workout penting dalam membentuk otot – otot yang terdapat pada badan kita. Bagi mereka yang terlampau kurus, ini sangat penting dalam membentuk otot mereka. Workout neh tidak semestinya dilakukan di gym semata – mata. Anda boleh juga lakukan semasa anda berada dirumah atau berjogging diluar.

Setelah anda melakukan workout,  anda perlu kerap makan makanan berprotein untuk recover otot – otot yang anda bina itu. Kalau hendak lagi cepat menaikan berat badan, di syorkan anda minum susu protein.contohnye ESP dan Cinch.  Elakan makan makanan berminyak dan berlemak kerana ia tidak membantu dalam menaikan berat badan secara sihat.

Sebenarnya,ramai mereka yang kurus neh menaikkan berat badan mereka secara yang salah. Ada yang banyak makan makanan yang berlemak semata – mata mahu menambah berat badan dan ada juga yang suka minum susu protein tanpa workout kerana ingin menaikan berat badan mereka. Itu cara yang salah, mengambil banyak makanan berlemak dan meminum susu protein tanpa melakukan workout bukan saja menyebabkan masalah kesihatan, ia juga tidak memberi kesan langsung.

Jadi jika anda hendak menaikkan berat badan anda secara sihat, anda hanya perlu berdisplin melakukan dua tips yang haku berikan itu. Ia bukan saja berjaya menaikan berat badan anda secara sihat, badan anda juga akan berubah menjadi lebih menarik dan mantap. 

Bagi lelaki, badan mereka akan kelihatan seperti Brad pit dan manakala perempuan pula akan kelihatan seperti Angelina Jolie.

http://healthy.babykawaiistore.com/wp-content/uploads/2012/09/cinchshakemix1-290x300.png




Post a Comment