27 February 2013

 Jom baca ni wahai ibu2 sekalian... 
Ramai ibu2 sekarang dah cerdik pandai dlm memilih makanan untuk anak2 mereka.. tp tahukan ibu2 sekalian mengenai Kepentingan Omega 3 DHA dan EPA pada anak2 kita..?

Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protein, fiber, mineral, dan vitamin. Sungguh pun terdapat ibu bapa yang menghadkan pengambilan lemak di dalam pemakanan anak-anak mereka, namun terdapat beberapa jenis lemak yang perlu di ambil oleh kanak-kanak demi pembentukan minda dan fizikal yang optimum.


Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, si kecil memerlukan kandungan lemak seperti linoleik asid dan alpha - linolenik asid yang juga dikenali sebagai asid lemak perlu. Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu diambil dari makanan. Hal ini kerana, badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri. Kedua-dua kandungan ini boleh di dapati daripada lemak sayuran serta produk tenusu seperti susu. Alpha - linolenik asid akan ditukarkan kepada Omega - 3 yang juga amat penting dalam membantu otak kita berfungsi secara normal.

Omega - 3 dan 6 juga turut menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Antara salah satu bahan yang terdapat di dalam kumpulan eicosanoids adalah prostaglandins. Prostaglandins adalah bahan yang amat penting kepada badan manusia. Di dalam buku “Omega 3 oils – A practical guide” turut menyediakan maklumat penting mengenai peranan prostaglandins antaranya seperti:


-Sistem imun badan – yang penting terutamanya di dalam tindak balas alergik.
-Sistem pencernaan – mengawal atur sistem pencernaan di dalam perut.
-Membaik pulih sel – terutama di dalam pembentukan sel-sel baru.
-Suhu badan – Memastikan suhu badan manusia kekal pada tahap yang normal.
-Tekanan bendalir – terutama pada bahagian mata dan telinga.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, pengambilan Omega – 3 di kalangan penduduk Malaysia adalah rendah.



Namun hal ini dapat di tingkatkan dengan pengambilan makanan tambahan yg mengandungi Omega yg lengkap dgn DHA dan EPA atau mengambil pemakanan seperti:

1. Minyak soya.
2. Ikan (jenis laut dalam) dan makanan laut.
3. Minyak ikan kod.
4. Telur ayam (yang diperkaya dengan Omega – 3).
5. Kekacang.


Apa yang paling penting adalah setiap ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mereka untuk mengambil makanan dari pelbagai sumber makanan demi memastikan mereka mendapat sumber khasiat yang seimbang demi perkembangan yang optimum.
Reactions:
Powered by Blogger.

Popular Posts